ms 55
ALI IMRAN
(38-45)
38
MAKSUD
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:
”Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
BACKGROUND
- Nabi Zakaria lihat kelebihan Allah beri Maryam
- Baginda pun doa minta zuriat
LESSONS
- JANGAN JEMU BERDOA: Nabi Zakaria tak putus2 berdoa mohon zuriat
- NIAT BANTU AGAMA ALLAH: Nabi Zakaria mohon anak penyambung dakwahnya
- RAPATLAH DENGAN ORG BERIMAN: Nabi Zakaria terkesan/terinspirasi dengan kurniaan Allah kpd Maryam, lalu baginda berdoa.
39
MAKSUD
Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.
BACKGROUND
- Nabi Zakaria berdoa tadi ketika solat
- Doa Nabi Zakaria dimakbulkan
- Malaikat sampaikan ketika baginda solat di mihrab
- Nabi Yahya akan membenarkan Kalimah dr Allah (Nabi Isa dan ajaranNya), & tidak memandang wanita.
LESSONS
- KEUTAMAAN DOA KETIKA BERSOLAT: Nabi Zakaria berdoa dalam solat, seketika itu Allah makbulkan. Ketika solat juga.
- BANYAKKAN BERDOA KETIKA IBADAH: Ketika beribadah, kita dalam ketaatan kpd Allah.
40
MAKSUD
Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Malaikat menjawab: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”.
BACKGROUND
- Nabi Zakaria nak tahu mcm mana still boleh dapat anak
- Baginda dah tua, isterinya mandul
41
MAKSUD
Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.
BACKGROUND
- Nabi Zakaria nak tahu tanda isterinya mengandung.
- Tandanya, lidah baginda akan kelu tiga hari.
LESSONS
- INGAT & BERTASBIHLAH KPD ALLAH DI SETIAP MASA
42
MAKSUD
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
BACKGROUND
- Malaikat berbicara dgn Maryam secara ilham
- Maryam dipilih oleh Allah utk beriman, terpelihara drpd dosa-dosa besar, kelebihannya melebihi wanita2 di zamannya
43
MAKSUD
“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.
BACKGROUND
- Maryam diperintahkan Allah untuk taat kepadaNya
- Serta tunaikan solat
44
MAKSUD
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).
BACKGROUND
- Manusia berkelahi, berebut untuk jaga Maryam.
- Undian utk jaga Maryam: pen yang timbul lepas dicampak dalam air, dialah yang berhak jaga Maryam.
- Nabi Zakaria-lah yang menang undi.
- Allah tegaskan bahawa Dia lah yang menceritakan semua ini. Nabi Muhammad tiada di zaman Nabi Zakaria.
45
MAKSUD
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
BACKGROUND
- Malaikat bagitahu Maryam
- Terbentuknya anak dalam rahimnya, dengan kalimah "kun fayakun" Allah.
- Seperti Yahya, Isa juga diberikan namanya oleh Allah sendiri.
ADDITIONAL INFO
- maksud وَجيهًا :
- 'terkemuka', 'wajahnya terkenal'
- Allah angkat darjat (dunia & akhirat) & bersihkan nama Nabi Isa, yang dituduh anak tak sah taraf.
- maksud المُقَرَّبينَ:
- Nabi Isa manusia yang amat dekat (mulia) di sisi Allah. Bermakna baginda bukan Tuhan, cuma nabi yang mendapat kemuliaan.
- ATAU; juga dalil lain Nabi Isa dinaikkan ke langit.