Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem Pendidikan di Negeri-negeri Melayu - Coggle Diagram
Sistem Pendidikan di Negeri-negeri Melayu
Latar belakang pendidikan
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Sistem pendidikan itu lebih bersifat tidak formal dan berkembang seiring dengan kemasukan agama Islam di alam Melayu.
Peluasan empayar Melaka, Riau dan Brunei pada abad ke-15 juga memainkan peranan dalam mengembangkan agama Islam dan sistem pendidikan tidak formal pengajian agama Islam di negeri-negeri yang ditakluki oleh empayar itu.
Pengajian al-Quran dan ilmu pengetahuan agama menjadi satu perkara yang wajib dipelajari oleh setiap orang Melayu. Pelajaran agama Islam diajar di surau atau masjid di kampung-kampung pada waktu malam.
Pelajaran yang ditekankan adalah membaca al-Quran dan tajwid, mempelajari abjad Arab, tafsir al-Quran, hadis, fiqah, tauhid, mengingat dan menghafal doa serta mempelajari prinsip-prinsip asas agama Islam.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal kitab-kitab dan ajaran guru. Kaedah pembelajaran ini dikenali sebagai 'Sistem Tadah'.
Corak pendidikan agama ini semakin berkembang pesat pada abad ke-18, apabila beberapa orang ulama dari Timur Tengah berhijrah ke negeri-negeri Melayu. Mereka memulakan satu sistem pendidikan agama secara formal yang dikenali sebagai 'Sekolah Pondok'.
Sistem pendidikan pondok lebih kemas dan teratur berbanding pegajaran agama yang diadakan di surau atau masjid. Penubuhan sekolah-sekolah pondok ini lebih tertumpu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sukatan pelajaran sistem pengajian pondok meliputi membaca dan memahami kandungan kitab suci al-Quran, bahasa Arab serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tempoh pengajian tidak ditentukan secara khusus. Ada pelajar yang mengambil masa selama 10 tahun untuk menamatkan pengajian.
Pendidikan agama Islam sangat ditekankan kerana masyarakat Melayu amat menyanjung tinggi nilai-nilai agama. Malah kehidupan di kampung-kampung juga lebih berpusat di masjid atau surau dan di sinilah segala perbincangan tentang urusan kampung diadakan.
Golongan ulama memainkan peranan penting dalam kehidupan harian seperti ucapan perkahwinan, kelahiran dan kematian. Mereka sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat berbanding dengan golongan yang lain.
Sistem Pendidikan Zaman British
Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah apabila setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sistem pendidikan aliran Inggeris yang dianggap terbaik tidak terbuka kepada semua orang.
British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing.
Sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di kawasan bandar pelabuhan dan perlombongan manakala sekolah aliran Tamil di kawasan ladang-ladang getah.
Pendidikan Inggeris hanya dikhaskan kepada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburkan diri ke dalam perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian.
Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.
Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka
Usaha awal untuk menyusun semula sistem pendidikan di Tanah Melayu dimulakan setelah British kembali memerintah selepas Perang Dunia Kedua berakhir.
Usaha ini telah disiarkan dalam Council Paper No.53, 1946 (Malayan Union) yang menyebut tentang Rancangan Cheeseman dalam dasar pelajaran baharu.
Terdapat dua matlamat utama dalam sistem pendidikan ketika itu, iaitu:
Matlamat jangka pendek tertumpu kepada usaha untuk memulihkan keadaan sekolah seberapa segera bagi memberi peluang kepada semua orang yang tidak mendapat pendidikan disebabkan perang
matlamat jangka panjang ditujukan untuk membina semula sistem pendidikan secara menyeluruh supaya setiap kau berpeluang mendapat kemudahan pendidikan sepenuhnya.
Antara cadangan Rancangan Cheeseman ialah:
mewujudkan pelajaran percuma di sekolah-sekolah rendah Melayu,Cina, Tamil dan Inggeris.
pengajaran bahasa Inggeris diperlukan di semua sekolah rendah
dua jenis sekolah menengah dicadangkan.
Pertama, sekolah menengah Inggeris dengan bahasa ibunda diajar sebagai satu mata pelajaran
Kedua, sekolah menengah yang menggunakan bahasa pengantar ibunda dengan bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua
melaksanakan Penyata Pelajaran Vokasional di Tanah Melayu, 1938.
Namun tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan melalui cadangan Rancangan Cheeseman kerana sebahagian besar usaha ditumpukan untuk memulihakn semula sekolah-sekolah yang musnah akibat perang. malah, sebelum sebarang dasar pelajaran baharu dapat digubal, pentadbiran Malayan Union telah dibubarkan pada bulan Februari 1948.
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Penasihat Pusat tentang pelajaran ditubuhkan untuk merangka satu dasar pelajaran yang sesuai bagi membentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu.
Laporan pertama jawatankuasa itu yang diterbitkan pada bulan Mei 1950 telah menekankan peranan pendidikan untuk mengurangkan perbezaan kaum dan semua kaum perlu diintegrasikan ke arah sebuah negara yang bersatu.
Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat itu mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dengan alasan bahasa Inggeris boleh dijadikan alat untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu yang berbilang kaum, di samping dapat berperanan untuk mengurangkan ketegangan yang timbul akibat masalah pendidikan.
Walau bagaimanapun, cadangan Jawatankuasa Penasihat Pusat telah ditolak oleh Majlis Undangan Persekutuan. Keputusan ini membawa kepada penubuhan sebuah jawatankuasa pendidikan lain untuk mengkaji sistem pendidikan ketika itu.
Sistem Pendidikan selepas merdeka
Penyata Rahman Talib, 1960 dan Akta Pelajaran, 1961
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1979
Akta Pendidikan, 1996