Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembentukan Ekonomi Moden (Kegiatan Melombong Bahan Galian) - Coggle…
Pembentukan Ekonomi Moden (Kegiatan Melombong Bahan Galian)
Latar belakang
Sebelum campur tangan inggeris,corak ekonomi di Tanah Melayu adalah bersifat sara diri.
Padaperingkat ini ,kegiatan ekonomi adalah dilakukan secara kecil-kecilan dengan menggunakan alat-alat tradisional.
Hasil yang diperolehi hanyalah sekadar untuk menampung keperluan diri dankeluarga sahaja.
Walau bagaimanapun, campur tangan inggeris telah mengubah sistem ekonomi di TanahMelayu.
Pengenalan sistem ekonomi bebas atau
laissez faire
oleh inggeris telah mewujudkansistem ekonomi duaan atau dual di tanah melayu.
Dual atau dwi-ekonomi bermaksud terdapat dua corak kegiatan ekonomi yang diamalkan iaitu ekonomi komersial dan sara diri.
Ekonomi komersial adalah bersifat moden dan mempunyai hubungan langsung dengan ekonomiantarabangsa
Penekanan adalah tertumpu dalam sektor perlombongan dan pertanian ladang yang mewujudkan ekonomi berbentuk perdagangan.
Sementara itu,di sabah dan Sarawak,pihak inggeris juga telah Berjaya meluaskan kuasa mereka
Meskipun demikian, Kadar pertumbuhan dan perubahan ekonomi di negeri-negeri tersebutnyata berbeza dari Tanah Melayu.
Sementara ekonomi sara diri pula bersifat tradisional dan hanya dijalankan oleh penduduk luarBandar yang terdiri dari orang melayu.
Mereka menjalankan kegiatan menanam padi dan menangkap ikan.
Semasa sektor ekonomi moden mengalami perkembangan yang pesat,sektor ekonomitradisional mengalani perkembangan yang sangat lambat.
Kedua – dua sistem ekonomi iniwujud seiringan tetapi tidak saling mempengaruhi antara satu sama lain
Umumnya,pembentukan ekonomi moden telah meninggalkan pelbagai kesan negatif ke atas pertaniantradisional di Tanah Melayu.
Ini kerana pihak inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomiyang berorientasikan eksport.
Akibatnya, sektor ekonomi tradisional diabaikan
Ketidakseimbangan proses pembangunan ekonomi turut berlaku di Tanah Melayu.
Pembangunan ekonomi lebih bertumpu di pantai barat berbading pantai timur.
Pihak inggeris juga member perhatian yang lebih terhadap perlombongan bijih timah danperladangan getah yang merupakan eksport utama Tanah Melayu
Dalam usaha menumpukankepada ekonomi berorientasikan eksport, maka sektor pertanian tradisioanal telah diabaikan.
Faktor
Kesan Revolusi Perindustrian
Kilang-kilangbaru yang memerlukan bahan mentah telah didirikan dengan banyaknya di eropah
Ini menandakan bahawa revolusi perindustrian membolehkan pengeluaranbarangan secara berskala besar dengan pembinaan kilang-kilang yang besar
Jesteruitu, permintaan terhadap bahan mentah adalah lebih besar.
Kini, kuasa barat tidak memerlukan lagi rempah ratus dan the,sebaliknya merekamemerlukan bahan mentah yang dapat memenuhi keperluan kilang-kilang mereka.
Sebagai contoh,pengenalan proses mengetin di Britain dan Amerika Syarikat telahmewujudkan permintaan yang besar terhadap bijih timah
Bijih timah diperlukandiperlukan untuk membuat sadur tin untuk menyimpan makanan dan minuman.
Permintaan terhadap bijih timah dari Tanah Melayu yang meningkat ekoran bekalanbijih timah dari cornwall,England yang semakin berkurangan.
Sejak tahun 1880-an,Tanah Melayu merupakan pengeluar terbesar bijih timah di dunia
Sementara itu,getah asli diperlukan dalam perusahaan automobil untukmenghasilkan tayar-tayar kereta.
Getah juga diperlukan dalam perusahaan elektrikuntuk menghasilkan bahan penyalut atau penebat dawai elektrik
Disamping itu,inggeris cuba mencari pasaran baru yang lebih luas untukmemasarkan barang-barang keluaran kilang mereka.
Kemajuan Sistem Pengangkutan
Pembinaan jalinan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu turutmeningkatkan kemajuan ekonomi.
Ini kerana bahan mentah dapat diangkutdengan mudah dan cepat dari kawasan pengeluaran ke pelabuhan untukdieksport
Kemajuan ekonomi yang pesat menandakan terbentuknya ekonomimoden di Tanah Melayu
Pengenalan sistem pengangkutan moden telah memudahkan usaha mengeksportbarang keluaran di Tanah Melayu.
Oleh itu, kegiatan ekonomi di Tanah Melayudapat dihubungkan dengan lebih rapat dan seterusnya disepadukan dengan sistemekonomi antarabangsa.
Kemasukan Imigran Cina dan India
Buruh asing telah menggerakan dan menyumbang kepada pembentukan ekonomimoden di tanah melayu.
Ini kerana kebanyakan mereka terlibat dengan ekonomiyang berasaskan eksport.
Contohnya, orang cina melibatkan diri dalamperlombongan bijih timah dan peniaga runcit,sementara orang india dalamperladangan.
Masyarakat melayu tidak menunjukan minat terhadap sektor perdagangan.Mereka lebih tertumpu di bidang pertanian tradisioanal.
kemahiran yang diwarisisecara turun temurun dalam bidang ekonomi sara diri menyebabkan mereka sukarmengalihkan tumpuan kepada bidang ekonomi lain.
Tambahan pula,pemerintahan inggeris tidak menggalakan orang melayu terlibat dengan ekonomimoden demi memelihara kepentingan politik dan ekonomi mereka di tanahmelayu.
Modal Yang Besar
Pengeluaran ekonomi moden di Tanah Melayu juga bergantung kepada sumbanganmodal yang dibawa masuk dari luar Negeri dan modal tempatan.
Modal yangdilaburkan telah digunakan untuk memajukan sektor perlombongan danperladangan.
Modal yang dimiliki turut membawa kepada pengenalan teknologi moden dalamsemua sektor ekonomi
Kaedah pengurusan yang lebih sistematik dan berkesandapat digunakan bagi mengemaskini urusan ladang dan lombong secara besar-besaran.
Bagi memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi,kaji selidik dalam bidang pertaniandijalankan dan banyak tanaman baru turut diperkenalkan
Peranan Pemerintah
Sikap pemerintah yang peka terhadap perubahan serta bersedia menerima banyakpengaruh luar dan idea-idea baru yang memodenkan dan menguntungkan Negaramereka.
Dengan adanya campur tangan inggeris di negeri-negeri melayu , keamanan Berjayadipulihkan.
Kestabilan politik dan suasana aman damai membolehkan kemajuanekonomi dilakukan
Ianya tidak sahaja menguntungkan pihak inggeris malahpemerintah di negeri-negeri Melayu turut menikmati kemewahan dan pendapatanlumayan hasil kemajuan yang dicapai.
Perusahaan Bijih Timah
Sebelum campur tangan British di Negeri Melayu kegiatan melombong bijih timah.
Diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan
Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.
Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mulai berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah.
Terdapatnya pelaburan modal saudagar di negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.
Orang Cina menggunakan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah.
Mereka (orang Eropah) menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.
Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke 19
KEMELESETAN EKONOMI DUNIA 1929-1932
Industri mengetin mengalami kemerosotan dan kejatuhan pasaran saham di London dan New York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah.
‘Skim Kawalan Timah’ diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran.
Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran
Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.
Perjanjian Timah Antarabangsa bagi mengehadkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.