Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sekolah Vernakular Cina - Coggle Diagram
Sekolah Vernakular Cina
Sistem Pendidikan
-
Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, dan mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami maknanya.
Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa penghantar, manakala guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa dari negara China
Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama 6 tahun dan menyediakan pendidikan menengah serta sekolah tinggi.
Mulai tahun 1920, kerajaan mula mengawal sekolah Cina apabila menyedari fahaman komunis mula meresap masuk
Bagi mengawal sekolah-sekolah Cina, kerajaan mewajibkan sekolah Cina didaftarkan melalui Enakmen Pendaftaran Sekolah (EPS).
-
-
Maklumat Tambahan
Terdapat tiga jenis sekolah Cina, iaitu:
- Sekolah yang dikendalikan oleh jawatankuasa di peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di bandar atau daerah tertentu.
- Sekolah yang ditubuhkan oleh seorang atau beberapa orang guru dalam satu jawatankuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan.
- Sekolah yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka.
-
[Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan, iaitu KMT dan PKC.
- EPS:
- Memberi kuasa kepada Pengarah Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British.
*EPS kurang berjaya.
- British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929.
-
Antara langkah yang-langkah yang dijalankan ialah:
- Semua unsur anti Eropah dalam buku-buku teks dihapuskan.
- Guru-guru yang lahir di Negara China tidak dibenarkan masuk.
- Pegawai kerajaan dilantik untuk mengawasi pendidikan Cina.
- Peruntukan kerajaan diberikan kepada sekolah-sekolah Cina.
Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan ekonomi dan sosial.
Menurut Andaya, "...seperti halnya dengan pendidikan India di Tanah Melayu, sekolah-sekolah berbahasa penghantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seorang individu boleh naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British."