Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penentangan di Terengganu - Coggle Diagram
Penentangan di Terengganu
Pengenalan
British berjaya meluaskan pengaruhnya di Terengganu melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahn 1909
Pada mulanya, Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin III enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang dipersetujui antara Siam dengan British kerana baginda tidak dibawa berunding semasa perjanjian itu dibuat.
Namun selepas didesak oleh British, baginda terpaksa menerima seorang wakil British di Terengganu
Selepas Sultan Zainal Abidin III mangkat, seorang penasihatt British dilantik di Terengganu pada tahun 1919.
Sebab-sebab penentangan
Faktor Politik
Terengganu dibahagikan kepada 3 wilayah.
British telah meletakkan Penolong Penasihat dan Pegawai Daerah untuk menjalankan pentadbiran.
British telah membelakangkan system pentadbiran tradisional yang terdiri daripada sultan dan pembesar daerah
Akibatnya, kuasa sultan dan pembesar daerah tergugat.
Peranan sultan telah diambil alih oleh Penasihat British.
Elaun tahunan sultan dikurangkan daripada $9500 kepada $3500.
Sultan turun daripada takhtanya dan digantikan dengan saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Faktor Ekonomi
Pada tahun 1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas terlebih dahulu sekiranya ingin membuka tanah untuk bercucuk tanam atau mengambil hasil hutan.
Penduduk yang ingin membuka penempatan sementara di atas tanah kerajaan mesti membayar 50sen setahun.
Pada tahun 1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat lesen sebelum memburu binatang.
Pada tahun 1924, peraturan tanah yang diluluskan mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar sebanyak $2.50 kepada mahkamah untuk menyelesaikan masalah tanah mereka.
Faktor Sosial
Terdapat pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas.
Kebangkitan sebanyak 3 kali dipimpin oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.
Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah.
Penentangan
Penentangan 1922
Penentangan pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong.
Penduduk pedalaman Terengganu menentang pengenalan cukai tanah.
Akibat penentangan tersebut, seramai 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh tidak mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan bercucuk tanam.
Haji Abdul Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh.
Pihak kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad.
Akhirnya setelah beberapa kali dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan mahkamah.
Penentangan 1925
Pada tahun 1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala Temelong untuk membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga ke Kampung Pelam.
Mereka melakukan kerja membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah.
Bagi penduduk Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah.
Kebangkitan pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu.
Walaubagaimanapun, tidak ada tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kebangkitan pada tahun 1925 itu.
Penentangan 1928
Kebangkitan 1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau British.
Dalam kebangkitan tersebut, agama memainkan peranan penting.
Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan tidak mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu.
Golongan agama menegaskan bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala yang kafir mesti ditentang.
Dua tempat telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong. Penduduk Terengganu yang tidak berpuas hati telah berkumpul di Kuala Berang yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan telah menyerang bangunan kerajaan
Atas nasihat British, kerajaan Terengganu telah menghantar pasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Amar Diraja seramai 25 orang untuk menawan semula Kuala Berang.
Satu pasukan seramai 50 orang polis dari Singapura telah dihantar untuk menangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya. Beliau dibicarakan dan dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.
Penutup
Penduduk Terengganu terpaksa menerima undang-undang British yang berjaya mengukuhkan kuasa mereka di Terengganu