Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan & Tugas Kaunselor pada setiap fasa beserta kepentingannya -…
Peranan & Tugas Kaunselor pada setiap fasa beserta kepentingannya
Fasa 1:Orientasi/Pengenalan
Peringkat perkenalan antara kaunselor dengan ahli & ahli dengan ahli lain
Ahli-ahli kelompok masih berasa sangsi & takut kerana bimbang tidak diterima oleh ahli lain
Ahli kelompok masih keliru mengenai faedah menyertai kaunseling kelompok
Ahli berusaha bersikap positif agar diterima ahli kelompok lain
Peranan kaunselor
Menjadi penggalak agar ahli-ahli kelompok bercakap
Membina hubungan
Bijak mewujudkan suasana terapeutik agar ahli-ahli kelompok berasa nyaman & selesa
Fasa 2: Konflik & Konfrontasi
Timbulnya perasaan marah & tidak berpuas hati seterusnya dilepaskan secara terang-terangan
Ahli meletakkan harapan sepenuhnya pada kaunselor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya
Hubungan masih tidak mesra diantara ahli dengan kaunselor kerana beranggapan kaunselor tidak melakukan tugas dengan baik
Peranan kaunselor
Memberi penstrukturan kepada ahli-ahli kelompok
Kaunselor menyatakan tugas beliau & tugas ahli sebagai klien
Kaunselor menyatakan bahawa tugasnya adalah membantu klien celik akal & bersama-sama mencari jalan penyelesaian, bukannya kaunselor seorang diri yang menyelesaikan masalah klien
Kaunselor mencuba mewujudkan hubungan mesra bersama ahli-ahli kelompok
Fasa 3: Perkembangan & Rasa Bersepadu
Mula timbul rasa hormat & kepercayaan kepada kaunselor & sesama ahli
Ahli-ahli kelompok mula berasa selesa & meyakini sesi yang dijalani
Ahli bekerjasama menjaga kebajikan & kerahsiaan ahli-ahli lain
Ahli-ahli mula berfikiran terbuka & berkongsi idea
Peranan Kaunselor
Menjaga ikatan mesra antara insan yang terlibat dalam sesi kaunseling kelompok
Kaunselor menggalakkan ahli-ahli bertukar pendapat untuk mencari jalan penyelesaian
Kaunselor meminta agar ahli tidak bersifat menghukum ahli lain berdasarkan isu yang dihadapi oleh masing-masing
Fasa 4: Hasil
Ahli berusaha mencapai matlamat kelompok & matlamat sendiri
Ahli mempunyai kebolehan untuk memimpin antara satu sama lain
Ahli berbincang secara terbuka, mengkritik & menilai isu yang dihadapi mereka
Ahli merasakan penglibatan diri di dalam kaunseling kelompok adalah bermanfaat
Kaunselor berperanan sebagai pendengar yang baik & menjalankan tugas hanya pada waktu tertentu
Fasa 5 : Hasil
Ahli-ahli kelompok sudah celik akal untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh nmereka
Kaunselor harus memastikan ahli berasa manfaat daripada sesi kelompok
Peranan Kaunselor
Memastikan objektif dicapai sepenuhnya
Menyatakan bahawa fasa ini adalah fasa penamatan untuk mengakhirkan sesi