Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penentangan di Kelantan - Coggle Diagram
Penentangan di Kelantan
Pengenalan
Kebangkitan rakyat di Kelantan berlaku di Pasir Puteh pada bulan April 1915 yang dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai sebagai Tok Janggut.
Kebangkitan ini mendapat sokongan daripada pembesar daerah Jeram bernama Engku Besar Tun Ahmad atau Tengku Besar.
Walaupun sistem Residen di Kelantan hanya bermula selepas tahun 1910, tetapi beberapa perubahan dalam pentadbiran negeri telah diperkenalkan lebih awal, iaitu sejak Konvensyen British-Siam ditandatangani pada tahun 1902.
Pada bulan Julai 1903, William Amstrong Graham dilantik menjadi Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan.
Beliau memperkenalkan perubahan baharu dalam pentadbiran negeri yang menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan.
Pada tahun 1904, Graham menyusun semula pentadbiran negeri dengan menubuhkan beberapa buah jajahan (daerah).
Setiap jajahan ditadbirkan oleh seorang Ketua Jajahan dengan dibantu oleh Tok Kweng(Penggawa) dan Tok Nebeng (Penghulu).
Sebuah balai polis didirikan pada setiap jajahan dan Tok Nebeng diberi tugas menjaga keamanan dan memungut hasil cukai di kampung masing-masing.
Sebab-sebab penentangan
-
Pengenalan Cukai Baharu
Pada tahun 1905, satu peraturan baharu berkaitan padi dan kelapa diperkenalkan yang mewajibkan penduduk melaporkan kepada Tok Kweng tentang jumlah keluasan sawah padi yang dimiliki dan tempat lokasi tanah itu.
Pada bulan Januari 1915, sistem pungutan cukai yang baharu diperkenalkan.
Melalui sistem ini, setiap tanah yang dimiliki diwajibkkan membayar cukai tanah, tidak kira sama ada tanah itu dimusnahkan atau tidak.
Selain cukai tanah, mereka dikenakan beberapa cukai lain seperti cukai pokok kelapa dan pokok buah-buahan, daun sirih serta binatang ternakan seperti lembu dan kambing.
Pengenalan sistem cukai baharu bukan sahaj membebankan malah menimbulkan masalah kepada petani di pasir puteh.
-
Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
-
-
Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai.
Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.
Kebangkitan Tok Janggut
-
-
Tok Janggut sudah lama menyimpan dendam kerana ayahnya, Panglima Munas dan abangnya, Mat Tahir telah dibunh atas perintah sultan.
-
Penentangan secara terbuka bermula pada 29 April 1915 apabila Ketua Jajahan Pasir Puteh, Che Abdul Latiff menghantar sepasukan polis untuk menangkap Tok Janggut yang ketika itu sedang bermesyuarat di Kampung Tok Akib.
Dalam pertengkaran antara pihak polis dengan pengikut Tok Janggut, seorang anggota polis mati ditikam.
Anggota polis lain yang dapat menyelamatkan diri telah melaporkan peristiwa itu kepada Che Abdul Latiff.
Sebagai tindak balas, Che Abdul Latiff menghantar beberapa orang polis untuk menangkap Tok Janggut, tetapi di pertengahan jalan pasukan polis diarah pulang kerana angkatan Tok Janggut sedang mara ke Pasir Puteh. Oleh itu, Che Abdul latiff dan kakitangannya berundur ke Kota Bahru dengan prahu besar melalui Kuala Semerak.
Angkatan Tok Janggut dan Engku Besar Jeram kemudiannya melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Mereka berjaya menawan bandar itu pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama tiga hari.
Semasa menduduki Pasir Puteh, mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan.
Setelah tiga hari berada di bandar itu, Tok Janggut dan angkatannya mengundurkan diri.