Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penentangan di Terengganu - Coggle Diagram
Penentangan di Terengganu
Latar belakang
British Berjaya meluaskan kuasanya ke Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909
Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara British dengan Siam kerana baginda tidak diberitahu dan dibawa berunding sebelum perjanjian dibuat.
Selepas menghadiri rundingan dengan British, Sultan ZainalAbidin III bersetuju menerima seorang wakil British iaituW.L.Conlay pada tahun 1910.
Selepas kemangkatan Sultan ZainalAbidin III, atas usaha bersungguh-sungguh British, Sultan Muhammad II bersetuju menerima seorang penasihat British, iaitu J.L Humpreys pada tahun 1919.
Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British telah mencabar nilai-nilai masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang British tercetus pada tahun 1922, 1925 dan 1928.
Peristiwa Penentangan
Penentangan 1922
Penentangan pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong.
Penduduk pedalaman Terengganu menentang pengenalan cukai tanah.
Akibat penentangan tersebut, seramai 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh tidak mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan bercucuk tanam.
Haji Abdul Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh.
Pihak kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad.
Akhirnya setelah beberapa kali dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan mahkamah.
Penentangan 1925
Pada tahun 1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala Temelong untuk membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.
Mereka melakukan kerja membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah.
Bagi penduduk Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah
Kebangkitan pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu.
Walaubagaimanapun, tidak ada tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kebangkitan pada tahun 1925 itu.
Penentangan 1928
Kebangkitan 1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau British. Dalam kebangkitan tersebut, agama memainkan peranan penting.
Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan tidak mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu.
Golongan agama menegaskan bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala yang kafir mesti ditentang.
Dua tempat telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong.
Penduduk Terengganu yang tidak berpuas hati telah berkumpul di Kuala Berang yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan telah menyerang bangunan kerajaan.
Faktor Penentangan
Faktor Politik
Terengganu dibahagikankepada 3 wilayah.
British telah meletakkan Penolong Penasihat dan Pegawai Daerah untuk menjalankan pentadbiran.
British telah membelakangkan system pentadbiran tradisional yang terdiri daripada sultan dan pembesar daerah
Akibatnya, kuasa sultan dan pembesar daerah tergugat.
Peranan sultan telah diambil alih oleh Penasihat British.
Elaun tahunan sultan dikurangkan daripada $9500 kepada $3500.
Sultan turun daripada takhtanya dan digantikan dengan saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Faktor Ekonomi
Pada tahun 1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas terlebih dahulu sekiranya ingin membuka tanah untuk bercucuk tanam atau mengambil hasil hutan.
Penduduk yang ingin membuka penempatan sementara di atas tanah kerajaan mesti membayar 50sen setahun.
Pada tahun 1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat lesen sebelum memburu binatang.
Pada tahun 1924, peraturan tanah yang diluluskan mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar sebanyak $2.50 kepada mahkamah untuk menyelesaikan massalah tanah mereka.
Faktor Sosial
Terdapat pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas.
Kebangkitan sebanyak 3 kali dipimpin oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.
Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah.