Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penentangan di Kelantan - Coggle Diagram
Penentangan di Kelantan
Latar belakang
Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British
-
Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan
Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV.
Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu.
Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.
Faktor Penentangan
-
-
Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915.
Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai.
Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.