Penentangan di Perak
Pengenalan
Pada bulan November 1874, James Wheeler Woodford Birch atau lebih dikenali sebagai J.W.W. Birch dilantik menjadi Residen British yang pertama di Perak.
Pelantikan tersebut menandakan bermulanya campur tangan British secara langsung di Perak.
Sistem Residen yang dilaksanakan di Perak mendapat tentangan hebat daripada pembesar dan orang Melayu kerana pertama kali sistem seumpama itu diperkenalkan di sebuah negeri Melayu.
Walaupun Raja Abdullah yang dilantik menjadi Sultan melalui Perjanjian Pangkor pada mulanya bersetuju menerima seorang Residen British, tetapi lama-kelamaan baginda juga menentang kehadiran Birch.
Kemuncak penentangan itu membawa kepada pembunuhan Birch pada 2 November 1875.
Sebab-sebab penentangan
Kelemahan Perjanjian Pangkor
Kelewatan melantik Residen menyebabkan Raja Abdullah terpaksa berhadapan dengan kebangkitan pembesar tempatan yang membantah pelaksanaan Sistem Residen.
Kelewatan ini juga memberi Raja Abdullah peluang untuk memerintah Perak tanpa sebarang kawalan oleh mana-mana pihak.
Perjanjian ini gagal menyelesaikan masalah perebutan takhta di antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf.
Perjanjian itu juga tidak dapat memaksa Raja Ismail supaya menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yang menjadi syarak untuk menambalkan Sultan mengikut adat istiadat Melayu di Perak.
Menteri Larut Ngah Ibrahim juga tidak berpuas hati dengan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Perak.
Perlantikan tersebut serta beberapa perubahan lain yang diperkenalkan telah menyekat kebebasan beliau untuk memungut cukai.
Keperibadian J.W.W. Birch
Beliau tidak sesuai untuk memegang jawatan itu kerana tidak ada pengalaman dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu.
Birch tidak mempunyai sifat-sifat menarik untuk menjalin hubungan dengan orang Melayu.
Beliau tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu serta tidak faham budaya dan adat resam orang Melayu.
Kekurangan ini menghalangnya menjalin hubungan secara langsung dengan sultan dan pembesar Melayu.
Birch menunjukkan sikap yang tidak menghormati sultan dan pembesar Melayu ketika berurusan dengan mereka.
Tidak peka kepada perasaan orang Melayu.
Memperkenalkan pelbagai perubahan baharu secara tergesa-gesa tanpa memperoleh pandangan atau berunding terlebih dahulu dengan orang Melayu.
Misalnya, semasa lawatan ke Bidor, Birch membakar rumah Raja Ngah(Orang Besar Perak) dan Tengku Panglima Besar (sepupu Raja Ismail) kerana Raja Ngah didapati mengambil cukai daripada pelombong di situ.
Perubahan yang diperkenalkan
Memperkenalkan pelbagai perubahan secara radikal yang didapati bercanggah dengan nilai-nilai dan adat resam tempatan,amalan tradisi serta kelaziman para pembesar Melayu.
Antara pembaharuan itu adalah:
Membatalkan hak pajakan Kuala Sungai Perak antara Sultan Abdullah dengan saudagar Lee Cheng Tee dar Singapura dengan kadar $26,000 setahun. Selepas pajakan itu dibatalkan, Birch menawarkan kepada saudagar yang sama dengan kadar yang lebih tinggi, iaitu $6000 sebulan
menghentikan hak memungut cukai bijih timah yang dinikmati oleh sultan, laksamana dan pembesar tempatan yang lain.
menyusun semula sistem cukai tradisi dengan menubuhkan pusat pungutan cukai yang baharu dan diletakkan di bawah kawalan pegawai Eropah dengan dibantu sepasukan polis.
memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai padi,cukai atap,cukai perahu, cukai senjata serta permit menjalankan kegiatan memotong kayu, berjudi dan menjual arak.
Arahan Birch yang melarang pembesar Melayu mengutip cukai bercanggah dengan nilai-nilai tradisi tempatan kerana cukai menjadi punca pendapatan pembesar sejak turun temurun.
memperkenalkan undang-undang baharu seperti denda ke atas sesiapa yang memungut cukai secara haram. Beliau melantik hakim dan penghulu untuk mengawasi pemungut cukai haram.
menghapuskan sistem hamba abdi yang menjadi sebahagian daripada amalan tradisi masyarakat tempatan.
Tindakan Gabenor Negeri-Negeri Selat
Selepas memegang jawatan, Sir William Jervois mengadakan lawatan ke Perak untuk meninjau keadaan negari itu serta mengadakan pertemuan dengan Raja Yusuf, Raja Ismail dan Sultan Abdullah.
Selepas lawatan itu, Jervois mengambil beberapa tindakan seperti
mendesak agar alat kebesaran Perak diserahkan kepada pihak Gabenor Negeri-Negeri Selat tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Ismail.
Menawarkan elaun kepada Sultan Abdullah dan pembesar Melayu supaya mereka bersetuju menyerahkan pentadbiran negeri kepada British.
Memberi kata dua kepada Sultan Abdullah supaya menerima tawaran itu. Jika enggan, baginda boleh dipecat dan takhta kerajaan diserahkan kepada Raja Yusuf.
Perang Perak 1875-1876
15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja.
Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak.
Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.
Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta.
Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama.
British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk.
Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah
Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor.
Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri.
Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.
Hukuman
a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.
b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.
d. Raja Ismail dipindah ke Johor.
e. Raja Yusuf dilantik sebagai Sultan.