Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI KELANTAN - Coggle Diagram
PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI KELANTAN
PENDAHULUAN
Pada tahun 1903, W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas beliau ialah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Penentangan terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal Muhammad IV.
Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram Tuah Ahmad. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad adalah pembesar di daerah Jeram. Beliau menikmati beberapa keistimewaan sebelum campur tangan British di Kelantan.
SEBAB PENENTANGAN
PENGARUH ENGKU BESAR JERAM ( TUN AHMAD )
Campur tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A Graham mencadangkn supaya membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat Negeri. Kesannya jajahan pasir puteh dibentuk.
Kuasa hal-ehwal pentadbiran bukan lagi dlm kuasa Engku Besar Jeram tetapi Pegawai daerah.
Pelantikan Che’ Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar apabila beliau dilantik sebagai Tok Kweng Muda, jawatan yang lebih rendah daripada jawatan Tok Kweng.
Sebelum campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che’ Andak
Engku Besar jeram semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar cukai kerana sebelum ini beliau tidak dikenakan cukai malah dpt mengutip cukai. British telah melayannya seperti rakyat biasa.
PENGENALAN CUKAI BAHARU
British memperkenalkan beberapa cukai baharu yg bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak puas hati tetapi membebankan mereka juga
Pada tahun 1905, satu peraturan baharu berkaitan padi dan kelapa diperkenalkan yg mewajibkan penduduk melaporkan kepada Tok Kweng tentang jumlah keluasan sawah padi yg dimiliki dan tempat lokasi tanah itu
sistem pungutan cukai yang baharu diperkenalkan
Satu sistem cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini, semua tanah sama ada diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai.
Undang-undang Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap rakyat Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah yang dimiliki dan kawasan letaknta tanah sawah itu
SIKAP KASAR PENGAWAI YANG BERTUGAS
Penduduk Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala mereka dimarahi dengan kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar.
Tambahan pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja. Hakikatnya, mereka tidak dpt membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan oleh British . Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat bayaran cukai beberapa kali tetapi gagal membayar dlm masa yang ditetapkan.
PELANTIKAN ENCIK LATIFF SEBAGAI PENGAWAI DAERAH PASIR PUTEH
Pelantikan ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi Kelantan tetapi berasal dari Singapura.
Beliau merupakan seorang yang tegas menguatkuasakan undang-undang tanah dan memungut hasil cukai mulai 1 Januari 1915
Penduduk Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak pengutipan telur penyu dan kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini tanpa sebarang bayaran