Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI PAHANG - Coggle Diagram
PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI PAHANG
PENDAHULUAN
Pahang menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di Pahang ialah J.P. Rodger yang dilantik pada Oktober 1888 dan Hugh Clifford sebagai penolong residen
di bawah pentadbiran British, beberapa perubahan baharu diperkenalkan yg secara tidak langsung mengancam kedudukan dan mata pencarian sultan dan pembesar
J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai menggantikan pembesar-pembesar melayu
Rodger bahagikan Pahang kpd enam buah daerah
sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa dan keistimewaan mereka terutamanya hak memungut cukai
SEBAB PENENTANGAN
PERASAAN TIDAK PUAS HATI PEMBESAR
Pembesar-pembesar melayu yang menjadi pemimpin dalam gerakan menentang British tidak puas hati dengan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British. Peraturan itu menjejaskan kedudukan dan kewibaaan mereka.
seperti melarang pembesar meneruskan peranan tradisi mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatn dan hak kekuasaan yg diwarisi secara turun- temurun
terdapat pembesar-pembesar melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British
contohnya : Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang Besar Berempat)
kemuncak kepada perasaan tidak puas hati membawa kepada kebangkitan pembesar menentang kehadiran British di Pahang
PERASAAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT
Rakyat berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen British telah memperkenalkan sistem cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.
Rakyat mesti mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga dikerah menjadi buruh paksa
PERASAAN TIDAK PUAS HATI SULTAN AHMAD
Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat negeri tidak bermakna apabila segala keputusan dibuat oleh residen
apabila Rodger menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, Sultan Ahmad hilang banyak kuasa dan Sultan hanya diminta memberi persetujuan kepada semua keputusan yg telah dibuat
Residen yang memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen juga telah menghapuskan amalan perhambaan
Sultan Ahmad bertambah murka apb British memaksa Baginda utk menandatangani perisytiharan melantik puteranya, Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja yg berkuasa penuh dalam pemerintahan
kebimbangan Sultan Ahmad bukan kerana menyerahkan kuasa, tetapi sikap Tengku Mahmud yg bertolak ansur dgn British
keadaan ini akan merugikan Pahang