Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU - Coggle Diagram
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
PENEGUHAN
POSITIF
Peneguhan positif adalah peneguhan yang dibuat untuk meningkatkan/mengekalkan tingkah laku sedia ada pada seorang pelajar.
Salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dapat memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih hingga berjaya capai apa yang diinginkan.
Contoh: guru memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan.
NEGATIF
Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Kesan peneguhan negatif adalah murid akan mengulang tingkah laku yang dapat mengelakkannya daripada keadaan yang negatif.
Contoh: Murid tidak menyiapkan kerja sekolah dan dimarahi oleh guru. Kesannya, setelah dimarahi dan ditegur, murid akan cuba menyiapkan kerja sekolah dan tidak berani mengulangi sikap tersebut lagi.
TIME-OUT
Satu teknik modifikasi tingkah laku di mana guru mengalihkan seseorang murid daripada persekitaran di mana tingkah laku negatif berlaku sebagai satu cara untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku negatif tersebut.
Dikenali juga sebagai hukuman "Di Bucu Dinding".
Individu yang dihukum diasingkan sementara selama 1 hingga 10 minit.
Duduk atau berdiri di bucu dinding, tepi tangga atau bucu bilik. Dibenarkan kembali duduk di tempat sendiri apabila menunjukkan tingkah laku yang positif.
Selepas sesi “time-out” guru-guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa dia telah diberikan hukuman tersebut.
KONTRAK (LISAN ATAU BERTULIS)
Memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis.
Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan satu cara yang berkesan
Contoh: Membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan.
DENDA
Satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja dan kemudian dapat berulang lagi tingkah laku yang tidak diingini.
Contoh: Murid yang didenda kerana tidak menguasai subjek Matematik mungkin akan timbul rasa benci terhadap pembelajaran tersebut.
REVERSE PSYCHOLOGY
Kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.
Bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.
Ia sangat berkesan dengan murid-murid yang berkeyakinan diri, murid-murid yang degil dan mempunyai konsep kendiri yang tinggi.
Contoh: Guru ingin muridnya diam lalu mengatakan "Teruskan dan buat bising sekuat yang anda semua boleh” dengan suara yang kuat dan tegas.
Murid memahami maksud sebenar bahawa guru tidak bermaksud apa yang beliau lafazkan.
TOKEN ECONOMY
Sistem token merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah.
Murid berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain
Token-token dapat ditebus untuk sesuatu hadiah atau aktiviti yang digemari oleh murid.