Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASAS KEMAHIRAN MOTOR MANUSIA - Coggle Diagram
ASAS KEMAHIRAN MOTOR MANUSIA
DEFINISI
:
Keupayaan individu melakukan pergerakan (aktiviti atau tugasan) untuk mencapai objektif tertentu.
JENIS LAKUAN MOTOR
Lakuan Motor Involuntari
:
Lakuan motor yang dihasilkan di luar kawalan, iaitu pelaku tidak mampu untuk memilih atau memodifikasikan sebarang lakuan yang terhasill.
cth pergerakan :
sentakan lutut
sentakan tangan atau kaki apabila terkena benda panas.
Lakuan Motor Voluntari
:
Semua lakuan motor yang terhasil secara sedar , dalam kawalan.
cth :
Dalam permainan badminton, apabila dapat hantaran bulu tangkis yang tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi akan lakukan
smesy
,namun pemain berkemahiran rendah hanya lakukan hantaran balas secara
lob
.
MEKANISME PENGHASILAN LAKUAN MOTOR
Reseptor terima rangsangan di peringkat periferi.
Neuron sensori tukar rangsangan kepada bentuk impuls sensori.
Impuls sensori dihantar ke saraf tunjang melalui proses sinaptik.
(Mekanisme involuntari)
Neuron sensori bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang.
Impuls sensori tukar impuls motor.
Impuls motor dihantar ke efektor.
(Mekanisme voluntari)
Semua impuls sensori dari saraf tunjang dihantar ke talamus.
Talamus salur impuls sensori ke korteks serebral di otak.
KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN VOLUNTARI
Kemahiran generik
:
Kemahiran yang diwarisi, wujud dalam kod genetik bergantung pada fungsi neurologi dan berlaku sejak lahir.
Bergantung pematangan.
Contoh, secara fisiologi kemahiran motor mudah dilatih pada peringkat kanak-kanak.
Kemahiran sekunder
:
Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus.
Berkembang melalui proses fizikal seperti praktis dan latihan.
Contoh, atlet harus mempelajari teknik larian yang betul.
PENGKELASAN KEMAHIRAN MOTOR
1. Ketepatan lakuan
:
Kemahiran motor kasar
:
Melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti dalam lakuan menendang bola.
Kemahiran motor halus
:
Melibatkan penggunaan sebahagian daripada otot-otot kecil sebagai otot utama seperti memanah.
2. Permulaan dan Pengakhiran Lakuan
:
Kemahiran distrik
:
Kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran spesifik yang melibatkan pergerakan pantas dalam masa terhad.Contoh,
smesy
dalam badminton.Pergerakan yang perlu dua atau lebih pergerakan dalam masa singkat adalah seperti melontar peluru.
Kemahiran berterusan / selanjar
:
Melibatkan perlakuan sama diulang-ulang dengan titik mula dan akhir yang arbitrari.Contoh, berenang.
Kemahiran bersiri
:
Kemahiran berterusan boleh gabung secara bersiri.Kombinasi ini dikenali sebagai kemahiran bersiri.Contoh, aksi dalam acara lompat tinggi.Kemahiran bermula lari landas kemudian disambung dengan lompatan, layangan badan dan jatuhan badan.
3. Rangsangan persekitaran
:
Kemahiran luar kawalan
:
Dihasilkan dalam suasana yang sentiasa berubah-ubah dan dipengaruhi oleh beberapa aktor luaran (persekitaran) seperti
smesy
dalam badminton.
Kemahiran terkawal
:
Dihasilkan oleh suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti memanah.
FUNGSI SISTEM BIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR
1. Sistem visual
:
Mengandungi reseptor sensori paling dominan.
Dialami sendiri.
Contoh, sekiranya kita melihat rakan sepasukan berlari ke arah pintu gol dan dalam masa yang sama dengar jeritan jurulatih beri arahan, biasanya kita akan fokus lihat aksi rakan dahulu.
a)
VISUAL AMBIEN
:
Tidak libatkan fungsi otak.
Berfungsi untuk kawal keseimbangan dinamik berdasarkan maklumat aliran optik yang diterima melalui mata.
Cth, visual ambien dalam bola jaring berfungsi untuk pemain penyerang mengetahui posisi rakan sepasukan yang terdekat walaupun menumpukan pandangan kepada posisi penjaga gol pihak lawan.
b)
VISUAL FOKAL
:
Libatkan fungsi otak.
Berfungsi untuk pemfokusan imej, iaitu melihat segala aksi.
Contoh, visual fokal dalam sukan menembak berfungsi untuk pemain fokus melepaskan tembakan.
2. Sistem vestibular
:
Berperanan dalam kawal keseimbangan jasad.Terletak di bahagian telinga.Jika maklumat visual tidak dapat diperoleh, kawalan postur masih boleh dicapai menerusi fungsi sistem vestibular.Namun, jika sistem vestibular alami kerosakan, kawalan postur tetap terjejas walaupun sistem visual wujud.Contoh, pemain bola keranjang yang sering tukar arah melibatkan perubahan fisiologi mendadak seperti peningkatan nadi dan hilang orientasi posisi dalam persekitaran.
3. Sistem Somatosensori
:
Berperanan proses maklumat tentang orientasi jasad.
Contoh, dalam gimnastik, rangsangan kinestetik membolehkan atlet sedar bahawa kepalanya berada di bawah daripada kaki ketika lakukan dirian tangan dengan mata dipejamkan,