Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bahagian A (Sejarah Malaysia) Tema 4 - Pengisian Kemerdekaan 4.4…
Bahagian A (Sejarah Malaysia)
Tema 4 - Pengisian Kemerdekaan
4.4 Perhubungan Luar
(b) Penglibatan Malaysia dalam Organisasi Antarabangsa
Komanwel
Membantah Dasar Apartheid ( 1982-1984)
Mesyuarat CHOGM – menjadi tuan rumah – 1987
Menyuarakan kebimbangan terhadap penyertaan Britain dalam EEC ( Komuniti Ekonomi Eropah) – 1972
Menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan negara-negara maju yang mengubah dasar pertukaran mata wang
Malaysia dijadikan model dalam pelaksanaan Tabung Penswastaan Baru Komanwel (CEPF)
Dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi Pengurusan Teknologi pada tahun 1996
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM)- 1998
Association of South East Asian Nations (ASEAN)
Mencetuskan idea penubuhan ASEAN
Konsep ZOPFAN
Perjanjian SEANWFZ
Kerjasama ekonomi: Projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan di Acheh (Indonesia)
AFTA di Singapura (1992)
ASEAN +3
Matlamat
Membangunkan ekonomi, memajukan sosial dan kebudayaan serantau.
Mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam PBB
Menggalakkan kerjasama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal , saintifik dan pentadbiran
Saling membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan penyelidikan, teknikal dan pentadbiran
Bekerjasama memajukan bidang pertanian dan perusahaan
Memelihara hubungan yang erat dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau bagi kepentingan bersama
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Mendapat bantuan PBB dalam pembentukan Malaysia.
Pernah memegang jawatan penting dalam PBB.
Terlibat dalam perjuangan isu dunia – Israel-Palestine, mengutuk tindakan Komunis China menceroboh Tibet (1959), menyertai misi pengaman di Congo (1960), membantu Zimbabwe mendapat kemerdekaan, menyertai UNTAC ke Namibia (1989), pasukan pengaman ke Somalia (1993), pengaman ke Bosnia (1993), misi ke Timor-Timor (1999).
Menjadi ahli agensi-agensi PBB seperti WHO,FAO, Bank Dunia.
Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dan isu alam sekitar pada tahun 1998. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia pada tahun 1996
Mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan Bosnia
Matlamat
Memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Menyelesaikan perselisihan.
Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan anggota.
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan, melindungi hak –hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, jantina dan agama.
Menyatupadukan penduduk dunia
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Mencetus idea penubuhan OIC.
Menjadi tuan rumah Persidangan Islam (1964, 1969, 1974, 2002 dan 2003)
Setiausaha Agung OIC.
Isu Israel-Palestine.
Isu Iran-Iraq.
Penubuhan UIAM
Matlamat
Menjalin hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang. - Memperjuangkan kepentingan umat Islam.
Memelihara perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.
Memastikan tempat-tempat suci Islam tidak dicemari
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)
Mesyuarat Penyediaan Sidang Kemuncak di Dares-Salam Tanzania (1970)
Sidang Kemuncak Lusaka (1970)
Sidang Kemuncak New Delhi (1983)
Sidang Kemuncak Harare (1989)
Sidang Kemuncak Belgrade (1989)
Prinsip
Menghormati hak asasi manusia dan prinsip PBB.
Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara.
Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa.
-Mengiktiraf persamaan semua bangsa dan persamaan semua negara.
Mengamalkan dasar berkecuali.
Menyelesaikan pertelingkahan dunia secara rundingan.
Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama
Asas-asas Dasar luar antarabangsa Malaysia
Saling menghormati kedaulatan semua negara
Menjalin hubungan secara diplomasi
Mengamalkan prinsip hidup bersama
Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik
Memelihara kepentingan dan keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat
Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam Perhubungan Bangsa Bangsa Bersatu