Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Hubungan Perkembangan Pendidikan Pendidikan dengan Falsafah Pendidikan…
Hubungan Perkembangan Pendidikan Pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru serta Implikasi FPK dan FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara
Hubungan Perkembangan Pendidikan dengan FPK
2.Membolehkan potensi seseorang individu berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
Misalnya, Laporan Rahman Talib 1960 iaitu memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa penubuhan sekolah yang berorientasikan vokasional amatlah penting agar setiap individu bukan sahaja berkembang tahap intelektualnya, bahkan juga kemahiran serta mampu memeberikan sumbangan terhadap ekonomi negara
Sejak zaman pendidikan sebelum merdeka sehingga ke masa kini, sekolah pertukangan, pembinaan sekolah vokasional dan penekanan kepada pendidikan teknik dititikberatkan
3.Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab
Kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan sangat penting untuk menyemai perasaan cinta akan negara serta menjadi alat pernyatuan kaum
Kedudukan BM yang tinggi pada akhirnya akan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab untuk memartabatkan penggunaannya
Konteks ini berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu di negara kita
Sebelum merdeka lagi, Bahasa Malaysia dicadangkan sebagai bahasa kebangsaan seperti yang terkandung dalam Penyata Razak 1956.
1.Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
insan yang dibina melalui pendidikan bukan sahaja cemerlang intelektual, bahkan juga jasmani, emosi dan rohaninya.
Misalnya, setelah merdeka pendidikan menginginkan unsur akhlak dan disiplin yang diingini terdapat dalam pembelajaran
Kini, pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah
Bagi jasmani pula, murid sekurang-kurangnya terlibat dalam satu aktiviti sukan untuk satu murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)
4.Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara
Isi ini berkaitan dengan tujuan pendidikan yang dilaksanakan untuk menjadikan murid mampu beroleh kejayaan serta memberi sumbangan kepada negara.
Sejak selepas merdeka hingga kini, pendidikan menekankan pendidikan teknik dan penawaran pelbagai kursus di sekolah.
Contohnya, Laporan Aminuddin Baki 1964 yang mencadangkan agar pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai tenaga mahir
Keadaan ini menunjukkan bahawa melalui pendidikan, murid sudah semestinya mampu memberi sumbangan kepada negara dalam apa-apa sahaja bentuk.
Misalnya, memberi sumbangan dalam bidang ekonomi negara.
Hubungan Perkembangan Pendidikan dengan FPG
1.Guru menyanjung warisan negara
Dalam skop ini, guru seharusnya menerapkan elemen cinta akan identiti negara Malaysia.
Misalnya, sebelum merdeka lagi iaitu dalam Penyata Razak 1956 yang mencadangkan BM sebagai bahasa kebangsaan.
Oleh hal yang demikian, guru seharusnya menggunakan bahasa Melayu betul ketika mengajar agar murid mempunyai sikap yang cinta akan bahasa ibunda yang tinggi
Guru sudah semestinya perlu memastikan setiap muridnya menguasai BM tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
3.Guru menjamin perkembangan individu yang berdisiplin
Sejak sebelum merdeka, ajaran agama telah diberikan semasa sistem pendidikan pondok
Sehingga kini, pembelajaran mengenai nilai dan akhlak diajar di sekolah menerusi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
Di sini, pembelajaran nilai dan akhlak sangat penting agar individu yang dibentuk merupakan individu yang berdisiplin yang memahami peraturan dan aturan yang bersesuaian dengan norma masyarakat
2.Guru menjamin perkembangan individu
Pembelajaran di sekolah sehingga kini bukan hanyalah menggunakan kecemerlangan akademik sahaja, begitu juga dengan kemahiran.
Misalnya, Laporan Rahman Talib 1960 iaitu memberi penekanan pendidikan teknik dan vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir
Kini, semakin banyak sekolah teknik yang ditubuhkan
Keadaan ini menunjukkan bahawa perkembangan individu seharusnya memenuhi 6 Aspirasi Murid agar murid dapat berkembang sepenuhnya.
4.Guru memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
Pendidikan merupakan salah satu agen penyatuan masyarakat. Oleh itu, murid hendaklah digalakkan untuk berinteraksi sesama mereka.
Dowse dan Hughes (1971), mengatakan bahawa sekolah juga merupakan antara yang terpenting menjadi agen sosialisasi negara dan politik
Misalnya, Laporan Razak 1956, pendidikan untuk melahirkan perpaduan antara kaum.
Kini PPPM 2013-2025 juga memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pengelaman dan aspirasi demi memperkukuh asas perpaduan rakyat seperti dalam 5 Aspirasi Sistem
Jelaslah bahawa, pendidikan merupakan untuk semua dan seharusnya adil tanpa mengambil kira elemen budaya, agama dan bangsa.
Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan Negara
1. Penyediaan Pelbagai Kemudahan di Sekolah
Pihak sekolah seharusnya menyediakan lebih banyak kemudahan seperti LCD, Wi-Fi , peralatan sukan, makmal, kipas yang mencukupi dan sebagainya
Fasiliti yang bermutu timggi di sekolah mamapu meningkatkan tahap pencapaian pelajar (Olson & Kelium, 2003)
Penyediaan prasarana yang mencukupi di sekolah membolehkan murid memperkemangkan potensi mereka berlandaskan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Pelbagai Budaya Baharu yang signifikan dan Bermanfaat Haruslah Diwujudkan
Kewujudan budaya baharu akan mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif serta murid berilmu pengetahuan, kreatif serta memiliki sahsiah yang tinggi
Contohnya, budaya membaca memberi banyak kelebihan
Kepentingan membaca tidak dapat disangkal lagi kerana membaca merupakan kemahiran yang penting untuk mencapai keceerlangan akademik pada peringkat pengajian tinggi (Akabuike, 2012)
3. Pelbagai Kemahiran Haruslah Diserapkan Kepada Murid
Penguasaan pelbagai kemahiran amatlah penting untuk menyediakan murid agar mereka mampu berdaya saing, yakin, mudah mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.
Antara kemahiran yang boleh diceburi seperti kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran memimpin, kemahiran keusahawanan, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya.
4. Membentuk Murid Yang Mempunyai Ciri-Ciri yang Positif
Guru seharusnya menerapkan elemen merentas kurikulum dalam PdP seperti nilai murni, keusahawanan, sains dan teknologi, kewangan dan sebagainya
Tindakan ini penting bagi melahirkan generasi yang bepekerti mulia dan mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara
Misalnya, penerapan elemen kerohanian semasa belajar tentang masalah sosial dalam kalangan remaja agar murid lebih memahami kesan masalah sosial dan menjauhinya
Implikasi FPG Terhadap Sistem Pendidikan Negara
Terdapat 4 implikasi :
1.Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan
Sentiasa mengemaskini ilmunya mengikut perkembangan semasa
Mempunyai kemahiran melangkaui pelajar
Sentiasa peka dengan isu-isu dan pembelajaran semasa.
Misalnya, pengetahuan dalam menggunakan perisian yang ada di internet seperti Canva, Filmora, Google Slides, Minecraft
Penggunaan teknologi ini sangat penting bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran (Chai et al., 2013)
2.Guru menjadi role model
Guru menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dalam diri pelajar :
Pengajaran nilai-nilai murni melalui mata pelajaran : Pendidikan Moral & Pendidikan Islam )
guru mengamalkan sikap menepati masa, bertanggunjawab, amanah, menghargai usaha murid, tegas dalam mendidik dan sebagainya.
Tindakan ini penting, agar menjadi ikutan murid-muridnya
Pengamalan budaya moral : Budaya Senyum
3.
Guru mestilah mengaplikasikan ilmu, kemahiran mendidik dan etika keguruan semasa mengajar
Tindakan ini penting untuk memperkembangkan potensi, kognitif dan sosioemosi mereka selari dengan peningkatan umur
Bentuk dan kaedah pengajaran yang tidak bervariasi menyebabkan murid berasa cepat lelah untuk mengikuti pembelajaran (Ainun Rahmah Iberahim et al., 2017).
Misalnya, menggunakan teknik PAK-21 dalam pembelajaran agar murid boleh melibatkan diri mereka secara aktif dan menjadikan suasana pembelajaran menarik
Mengaplikasikan pengetahuan psikologi kanak-kanak semasa merancang PdP
4.Guru hendaklah berperanan sebagai mentor yang bijak .
Guru hendaklah memberi peluang kepada semua muridnya untuk mempersembahkan bakat terpendam mereka
Guru memberi kata motivasi kepada murid agar mereka berasa yakin dengan kebolehan mereka
Misalnya,
menghantar murid mengikut pertandingan debat
menggalakkan murid untuk menyertai aktiviti kebudayaan
mendedahkan murid dengan aktiviti-aktiviti inovasi
aktiviti kesenian
mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan permainan : sepak takraw, badminton, permainan dalam talian,
Rujukan
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 7
(2), 77-88.
Akabuike, I. G. (2012). ‘Reading habits of undergraduates and their academic performances: Issues and perspectives’.
African Research Review, 6
(2), 246–25.
Chai, C. S., Koh, J. H. L., & Tsai, C.-C. (2010). Facilitating preservice teachers’ development of technological, pedagogical, and content knowledge(TPACK).
Educational Technology and Society,
(13), 63-73.
Dowse, R. E., & Hughes, J. (1971). The family, the school, and the political socialization process.
Sociology, 5
(1), 21-45.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011).
Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S).
Putrajaya: Bahagian Sukan.
https://www.moe.gov.my/dasar/1197-buku-panduan-1murid-1sukan/file
Olson, S., & Kellum, S. (2003).
The Impact of Sustainable Buildings on Educational Achievements in K-12 Schools.
http://www.cleanerandgreener.org/download/sustainableschools.pdf