Contohnya dalam hadith yang panjang riwayat Ahmad, mafhumnya, datang seorang sahabat meminta izin daripada Nabi Muhammad s.a.w untuk berzina. Rasulullah s.a.w. tidak melarang secara terang, sebaliknya menggunakan pendekatan inkuiri. Baginda s.a.w bertanyakan tiga soalan kepadanya, iaitu; jika datang pemuda meminta izin untuk berzina dengan ibunya, saudara perempuannya ataupun anak perempuannya, adakah beliau akan mengizinkannya? Ketiga-tiga soalan dijawab dengan tidak. Selepas menjawab, beliau terus insaf lalu sujud memohon keampunan dari Allah s.w.t