Menurut Marina Awang, Mohd Ezrizal Zakaria dan Ramlee Ismail, (2018), susun atur bilik darjah perlu diberi perhatian kerana elemen ini akan berinteraksi dan mempengaruhi kesejahteraan dan keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermaksud, murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan ruang yang cukup dan selesa. Ruang yang sesuai juga mempengaruhi susunan meja dan perabot di dalam kelas. Oleh itu, dengan ruang yang cukup, murid dapat duduk di tempat masing-masing dalam keadaan yang selesa.