Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU - Coggle…
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DALAM BILIK DARJAH PENDIDIKAN INKLUSIF
Sentiasa memberikan dorongan kepada murid
Guru berperanan untuk memberi semangat dan harapan kepada murid. Misalnya kepada murid yang mempunyai masalah lambat membaca. Hal ini kerana mereka pastinya berasa tersisih apabila berada dalam kalangan murid biasa
Bijak dalam membentuk murid melalui teguran
Guru mestilah bijak dalam mengatur emosi murid. Adapun murid yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku perlu diberikan peneguhan yang baik. Hal ini kerana masalah ini akan memberikan kesan terhadap prestasi murid sekaligus menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar
Menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru boleh menggunakan metod pengajaran visual bagi murid yang mengalami masalah pendengaran. Kaedah ini lebih efektif dalam membantu murid meningkatkan kefahaman mereka bukan sahaja tertumpu kepada murid khas malah murid biasa juga mendapat input yang sama.
Memberi peluang dan ruang untuk murid memberi tindak balas dan respon terhadap soalan atau tugasan
sebagai contoh, guru tidak boleh memaksa murid menjawab persoalan dengan kadar yang cepat terutamanya bagi murid yang mempunyai masalah komunikasi. Hal ini kerana mereka juga berusaha untuk berada searas dengan tahap pencapaian rakan mereka.
Menunjukkan sikap prihatin dan cakna terhadap murid
Guru perlulah mengenal pasti jenis-jenis murid dalam bilik darjah. Secara tidak langsung guru dapat membantu murid yang mempunyai masalah-masalah yang tertentu untuk memudahkan mereka belajar. Misalnya, murid yang mengalami masalah penglihatan akan diberi keutamaan untuk duduk di bahagian hadapan di dalam kelas
Mengawal emosi dengan bijak
Guru perlu sentiasa bijak mengatur emosi mereka terutamanya apabila berdepan dengan murid. Misalnya dalam menangani murid autistik ketika sesi pdp. Hal ini kerana mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi, tingkah laku dan interaksi. Guru juga perlu mendidik sifat sabar kepada murid kerana wujudnya perbezaan individu dalam bilik darjah.
MENGURUS PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Persekitaran Psikososial
Menunjukkan sikap yang baik untuk dicontohi oleh murid seperti bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan
Guru mestilah mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang baik seperti membuat eye-contact dengan murid ketika berbicara
Guru mestilah mendengar dan menghormati pendapat yang diberikan oleh murid walaupun ianya kurang releven
Penggunaan bahasa guru mestilah mudah difahami agar murid dapat menerima maklumat secara terus
Guru tidak boleh menghukum murid atas tingkah lakunya sebaliknya guru perlu mendengar alasan dan menggunakan budi bicara sebelum menghukum mereka
Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
Terhindar daripada ancaman dan perkara berbahaya seperti tidak boleh wujud alatan tajam
Menyatakan prosedur dan langkah yang sistematik untuk murid mencontohi dan mengamalkannya dalam bilik darjah
Memberi penerangan yang tepat beserta demonstrasi berkaitan peraturan kelas supaya murid dapat memahami dan mengikutinya dengan baik
Persekitaran Fizikal
Mengutamakan keselesaan murid dari aspek pencahayaan, pengudaraan
Membentuk satu ruangan khusus bagi murid melakukan aktiviti sebagai contoh
Mementingkan aspek kebersihan iaitu kelas perlulah disediakan penyapu dan tong sampah
Susunan bilik darjah yang sistematik yang membolehkan guru memantau dengan mudah
PILIHAN BILIK DARJAH PAK21
CIRI-CIRI
Menggalakkan penglibatan murid secara aktif
Soal jawab bersama murid secara langsung
Kaedah pengajaran berpusatkan murid
ELEMEN PAK-21
Pemikiran Kreatif
Guru mestilah menggalakan murid untuk menjadi kreatif dan inovatif
Misalnya, guru perlu menunjukkan contoh-contoh penghasilan produk yang kreatif sebagai perangsang mereka kemudian membawa mereka ke luar bilik darjah untuk mencipta sesuatu menggunakan apa yang berada di sekitar mereka.
Pemikiran Kritis
Guru perlu menjana idea daripada murid berkaitan perkara diluar pengajaran
Sebagai contoh, guru boleh membina suatu soalan aras tinggi yang memerlukan murid meneroka dengan lebih luas bagi mendapatkan jawapan yang sesuai dan tepat dengan permasalahan yang diberikan
Kolaboratif
Guru boleh mewujudkan kolaboratif antara murid dengan memberi tugasan yang perlu dijalankan secara berkumpulan
Misalnya, guru akan memberikan menggunakan metod pengajaran project based learning yang mementingkan kerjasama dalam berpasukan dalam kalangan murid. Guru juga berperanan untuk memantau dan membantu murid dalam menjayakan tugasan tersebut
Komunikasi
Guru boleh mengemukakan pendapat, persoalan atau berkongsi pengetahuan bersama murid yang mana melibatkan komunikasi secara dua hala.
Sebagai contoh, guru memulakan pengajaran dengan berkongsi cerita atau saling melontar idea bersama murid berkaitan tajuk yang sedang dibincangkan sewaktu sesi pdp berlangsung
Perwatakan
Guru perlu sentiasa membawa perwatakan yang penuh nilai dan beretika kerana mereka merupakan model terbesar yang mempengaruhi tingkah laku murid
Sebagai contoh, guru perlu amanah dalam bekerja seperti tidak mencuri masa ketika mengajar. Sikap ini boleh diaplikasikan kepada murid iaitu amanah dalam menyiapkan kerja sekolah.