Coggle requires JavaScript to display documents.
Pemandangan murid mestilah jelas dan tidak terhalang. Guru perlu memastikan murid dapat melihat guru mengajar di hadapan dengan jelas tanpa perlu mengubah kedudukan tempat mereka.
Guru perlu memastikan ruang trafik dalam kelas lebih selesa dan selamat(murid bergerak dengan mudah dan tanpa halangan). Murid murid di dalam bilik darjah akan banyak bergerak terutama ketika menjalankan aktiviti kumpulan.
Kedudukan guru berhampiran dengan murid yang mana membantu guru berinteraksi dengan murid. Hal ini dapat memudahkan guru dan murid untuk berinteraksi atau berbincang sewaktu proses pdp.
Faktor pengcahayaan, pengudaraan dan perabot perlu diberi perhatian. Menurut kajian oleh Tim Berman, cahaya semula jadi berupaya meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid.
Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau murid dengan lebih mudah dan cepat. susunan ini perlulah memberikan peluang kontak mata antara murid dan guru di dalam bilik darjah.
Susun atur kerusi dan meja murid perlu fleksibel. Hal ini kerana, susunan kerusi meja bukan sahaja untuk memudahkan komunikasi serta penyampaian maklumat, malah ia juga sebagai satu cara bagi guru memaklumkan kepada murid tentang jenis tingkah laku yang diingini.