Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran kondusif bagi…
Peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran kondusif bagi membina hubungan positif dalam bilik darjah
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
-
Guru yang ingat nama setiap murid akan mempunyai hubungan yang baik dan dekat dengan murid kerana menunjukkan bahawa mereka wujud dan diingati di mata guru
guru juga perlu mengetahui latar belakang, serta cara pembelajaran setiap muridnya bagi memudahkan guru merancang aktiviti pdp mengikut kesesuaian murid
Keikhlasan guru dalam mengenali setiap murid akan menyebabkan mereka berasa dihargai dan disayangi oleh guru (Che Nidzam et.al, 2016)
PERSEKITARAN FIZIKAL
Guru mestilah memastikan susun atur meja dan kerusi murid fleksibel serta mempunyai ruang trafik yang selesa untuk memudahkan pergerakan guru dan murid
Contoh, guru mudah mendekati dan mengawasi murid serta memudahkan murid untuk melakukan perbincangan serta mendapatkan bahan pembelajaran. Tindakan guru memantau murid di tempat duduk akan meningkatkan motivasi murid serta mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan guru.
Persekitaran fizikal yang kondusif dan berkualiti mewujudkan kepuasan dan keselesaan kepada murid ketika proses pembelajaran yang mampu meningkatkan pencapaian murid (Marinah et.al, 2018)
RUTIN BILIK DARJAH
Rutin bilik darjah merupakan satu prosedur tetap dan sistematik yang dijalanlan sebagai aktiviti harian bilik darjah bagi membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif, melancarkan proses pdp serta meningkatkan semangat kekitaan dalam diri murid (Foziana et. al, 2018)
Rutin harian seperti mengambil kehadiran serta rutin penghantaran buku latihan akan melicinkan proses PdP
Rutin yang dibentuk melalui perbincangan dengan muirid akan melahirkan sifat tangganggujawab dalam diri murid serta menjadikan mereka lebih memahami peranan dan tugas masing-masing.
KONSEP
keupayaan guru mengurus, melakukan perubahan dan membentuk bilik darjah bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan efektif serta mencapai aspirasi murid yang dihasratkan oleh KPM. (Jaggil Apak & Muhammad Suhaimi, 2018)
PERATURAN BILIK DARJAH
Peraturan bilik darjah yang ditetapkan oleh guru dengan persetujuan semua murid mampu mengawal disiplin dan tingkah laku kerana murid berasa diri mereka penting kerana pandangan dan idea mereka didengari oleh guru
Komunikasi dua hala yang lahir daripada penetapan keputusan bersama dan murid akan membentuk hubungan positif antara guru dengan murid serta memupuk tanggungjawab dalam diri murid.
Pematuhan peraturan yang ditetapkan membantu guru mengawal tingkah laku negatif murid agar sesi pdp berjalan lancar (Aney & Norasmah, 2019)
RUJUKAN
Amirah Md Ibrahim, & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2018). Hubungan Kepemimpinan Guru Dengan Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1–12.Anniliza, M. I., Al-Amin, M., & Kanesan, A. G. (2021). Impak Pengurusan Bilik Darjah Di Sekolah Kebangsaan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 44–53. http://e-jpurnal.um.edu.my/publish/JuPiDi/Foziana Jamaludin, Mohamed Yusoff Mohd Nor, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018). Latihan Dalam Perkhidmatan : Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1–12.Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016) Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.Jaggil, A., & Muhammad Suhaimi, T. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), 6–22. www.msocialsciences.comJaggil Apak, & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 64–79.Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria, & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan persekitaran fizikal bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran. Management Research Journal, 7(1), 86–99.Muhammad Amin., A. M., & Norasmah, O. (2019). Pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 21–27.