Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN YANG BERKESAN DAN KONDUSIF…
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN YANG BERKESAN DAN KONDUSIF BAGI MEMBINA HUBUNGAN YANG POSITIF DI DALAM BILIK DARJAH
KONSEP
- Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran (Albort & Troutman, 1986)
- Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Richards, 1990).
- Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, jaitu mengurangkan masalah tingkah laku
-
-
1) PERSEKITARAN FIZIKAL
Menurut Woolfok (2002), pengurusan bilik darjah perlu mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif disamping memaparkan sejauh mana guru memiliki sikap prihatin dan profesional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah.
Jelaslah, bilik darjah akan menjadi alam belajar menarik, justeru penglibatan murid adalah secara aktif yang mendorong guru untuk menyediakan aktiviti yang lebih berkesan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Guru perlu memastikan jenis aktiviti yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk, bahan-bahan dan peralatan yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar.
Sebagai contohnya, guru memberikan tugasan aktiviti "Gallery Walk" yang menggalakkan murid untuk bergerak bebas sambil mempelajari ilmu baharu dalam bilik darjah.
Dengan ini, murid-murid dapat memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Hal ini demikian kerana, bilik darjah yang kemas dapat memberi keselesaan kepada murid.
Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30 pelajar dalam satu waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al, 1994). Ini menunjukkan bahawa persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan impak kepada pelajar mahupun guru.
Menurut Woolfok (2002) juga berpendapat persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah.
Guru perlu memastikan susunan tempat duduk dapat memberi peluang kontak mata antara guru dengan murid. Keadaan ini memberikan kesan kepada kemampuan guru menguruskan kelasnya dengan berkesan dan kondusif.
Sebagai contohnya, susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan agar mereka mudah untuk bergerak aktif dengan menyuarakan pelbagai idea mereka.
Maka jelaslah, susunan fizikal billk darjah yang kondusif akan memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.