Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pandangan Pakar Tentang Kurikulum - Coggle Diagram
Pandangan Pakar Tentang Kurikulum
Hilda Taba (1962)
Berpendapat bahawa kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak
Guru mempunyai peranan utama membantu dalam proses perkembangan kurikulum iaitu melalui pendekatan bawah ke atas (bottom-up)
Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah
Apa yang perlu disampaikan?
Apa yang perlu ditekankan
Apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih?
Dikenali sebagai model pembangunan konsep & mengutamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam proses P&P
Apa jenis pembelajaran yang perlu dititikberatkan?
Model Hilda Taba merupakan kaedah yang berkesan untuk mengajar kandungan kurikulum dalam bentuk generalisasi & diskriminasi
Terjemahan kajian pendidikan kepada amalan pendidikan
Mengesyorkan 4 strategi pengajaran menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan murid
Penyusunan Data - Menyusun fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan & perbezaan
Membentuk Hukum - Membuat kesimpulan/generalisasi hubungan antara kategori yang dibentuk dalam peringkat 2
Membentuk Konsep - Mengelas fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan untuk menjadi kategori tertentu
Aplikasi - Penggunaan generalisasi dalam situasi baru
Ralph Tyler (1949)
Kaedah
Berfokus kepada kaedadh pengajaran yang dipilih yang bersesuaian dengan isi kandungan pembelajaran.
Pemilihan buku rujukan dan alat bantu mengajar yang menarik akan memberikan impak yang baik.
Penilaian
Penilaian adalah untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya.
Boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dan peringkat untuk mendapatkan pembuktian keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan melalui kaedah penilaian sumatif.
Objektif
Usaha dalam mencapai objektif, seorang pendidik perlu memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan pelajar dan sesuai dengan keperluan masyarakat.
Objektif perlulah jelas, realistik dan bersistematik.
2 dokumen yang menjadi rujukan adalah: 1. Dokumen Standard Prestasi. 2. Dokumen Standard Kurikulum.
Kandungan
Kandungan kursus perlu berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran.
Bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran daripada yang mudah sehingga yang kompleks.
Bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang optimum.
3 Prinsip utama yang dijadikan dasar 1. Prinsip kesinambungan. 2. Prinsip ketertiban. 3. Prinsip kesepaduan.
Kekuatan Model Tyler
Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran
Logik, mudah dan praktik
Pelajar dapat berinteraksi dengan persekitaran
Berorientasikan penilaian untuk keberkesanan pengajaran
Menentukan hala tuju organisasi
Kelemahan Model Tyler
Masalah teknikal untuk memperolehi satu set objektif yang operasional - hanya mencadangkan proses tapisan awal tetapi tidak menyatakan proses yang perlu dinayatakan
Tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa yang patut memilih objektif.
Model ini menekankan proses penilaian akhir iaitu melihat pada hasil (product siapa).
Semua penggubal kurikulum bersetuju tentang perlunya objektif terlebih dahulu.
Lawrence Stenhouse (1975)
Ciri-ciri Model Kurikulum
Aktif
Dinamik
Bukan berbentuk fizikal
Melibatkan interaksi antara guru, murid, dan ilmu yang disampaikan
Kurikulum sebagai penyampai kandungan mata pelajaran oleh para pendidik kepada sasaran masing-masing dalam situasi pendidikan tertentu.
Guru perlu merancang pengajaran yang ingin disampaikan; personaliti, sistem kepercayaan, nilai, jangkaan,andaian terhadap pencapaian dalam pelajaran.
Proses Perancangan Sesuatu Kursus
Prinsip pemilihan kandungan; apa yang perlu diajar dan dipelajari
Prinsip pembentukan strategi pengajaran; bagaimana ia patut diajar dan dipelajari
Prinsip menentukan susunan pengajaran
Panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah yang berlainan
Maklumat mengenai kepelbagaian kesan dan hasil daripada pelbagai konteks situasi pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut.