Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN BINA HUBUNGAN POSITIF…
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN BINA HUBUNGAN POSITIF ANTARA GURU DAN MURID
Persekitaran fizikal berkait rapat dengan sumber bahan pembelajaran yang boleh di dapati oleh murid semasa berada di dalam bilik darjah.
Guru perlu memastikan murid dapat mengakses sumber bahan pembelajaran dengan mudah dan arahan yang jelas.
Kesannya, penggunaan bahasa yang baik dan jelas guru terhadap murid akan mampu mewujudkan suasana yang positif di dalam bilik darjah.
Contohnya, guru menerangkan kepada murid bahawa marker hitam untuk digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh didapatkan di meja guru kemudian memberi arahan dengan mengatakan “Setelah selesai guna, sila letak di tempatnya semula ya murid-murid”. Maka, di akhir pembelajaran, murid akan memberi kerjasama dengan meletakkan semula bahan pembelajaran di tempat asalnya.
Hal ini demikiran dikataran kerana guru yang memberi arahan dengan menggunakan bahasa yang baik dan jelas akan mendorong murid untuk mendapatkan bahan pembelajaran dengan mudah tanpa kekeliruan.
Menurut Farah Nur A. Hamid & Maslida Yusof (2015), komunikasi dalam bentuk arahan penting disampaikan dengan jelas bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sekaligus membolehkan interaksi di dalam kelas menjadi lebih efektif melalui kesungguhan guru dalam menyampaikan arahan kepada murid di dalam bilik darjah.
Psikososial melibatkan hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
Bagi mewujudkan persekitaran yang sihat ialah semasa menegur kesilapan murid, guru perlu memastikan teguran yang disampaikan kepada murid adalah spesifik kepada tingkah laku murid bukan kepada murid.
Kesannya, apabila berlaku salah laku murid, guru boleh memanggil nama murid tersebut seterusnya menyampaikan teguran terhadap salah laku.
Sebagai contoh, guru menegur dengan memberi perhatian kepada Ali yang mengganggu rakan sebelahnya dengan ungkapan “perbuatan kamu menyebabkan rakan kamu tidak selesa, Ali”.
Hal ini supaya murid yang ditegur akan lebih jelas menyedari kesilapannya untuk diperbaiki. Tambahan pula, guru yang mengingati nama murid akan lebih mudah membina kepercayaan murid-murid tehadap guru. (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Sameul, 2016).
Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga memerlukan peraturan bilik darjah yang tidak membebankan murid tapi memenuhi keperluan mereka.
Guru perlulah membentuk peraturan dengan mencapai persetujuan murid di dalam bilik darjah.
Hal ini dikatakan demikian kerana amalan demokrasi boleh menimbulkan rasa tanggungjawab kepada murid sebagai warga bilik darjah.
Kesannya, perbincangan dalam membentuk peraturan akan mampu mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan murid yang membawa kepada hubungan yang positif di dalam kelas.
Contohnya, guru menetapkan peraturan menjaga kebersihan bilik darjah dan dipersetujui oleh murid, maka murid akan bekerjasama melaksanakan tugas mengikut jadual tugasan yang disediakan.
Pengurusan bilik darjah yang baik memerlukan guru untuk menetapkan peraturan di bilik darjah yang dipersetujui oleh murid sebagai perjanjian bagi mengawal tingkah laku murid-murid. (Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, 2009).
RUJUKAN
KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
Menurut Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat (2018), pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan keselamatan yang baik secara fizikal mahupun psikologi murid-murid di dalam kelas, kaedah dalam mengurus tingkah laku dan disiplin murid serta kaedah pengajaran yang mendorong kepada perubahan positif dalam tingkah laku mereka.