Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul ''The…
Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul ''The Wealth of Nation''
PENDAHULUAN
1) Dianggap sebagai ''Bapa Ekonomi Moden''
2) Merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland yang terkenal kerana pengaruh bukunya iaitu ''The Wealth of Nation''.
3) Beliau menerima pendidikan awal di Burgh School of Kirkcadly dan melanjutkan pengajian ke University Glasgow.
4) Pada tahun 1740 hingga 1746, beliau masih meneruskan pengajian di University Oxford.
Idea perdagangan bebas
Beliau menubuhkan 'School of Political Economy' bertujuan untuk menyebarkan doktrik ''laissez-faire'' di England.
Kerajaan tidak harus campur tangan dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan.
''Laissez-faire'' iaitu nama lain bagi idea perdagangan bebas yang tertulis di dalam bukunya.
Idea perdagangan bebasnya mendapat perhatian ahli-ahli ekonomi seperti Ricardo dan Thomas Maltus.
Teori faedah mutlak
Beliau menyarankan agar sesebuah negara menghasilkan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi, sukar diperolehi dan pengeluarannya terhad.
Beliau juga menyarankan agar sesebuah negara membuat pengkhususan dalam pengeluaran barangan yang mempunyai faedah mutlak.
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi faedah mutlak iaitu faktor iklim dan struktur tanah.
Beliau berpendapat sesebuah negara harus mengelakkan daripada menghasilkan barangan yang boleh dipengaruhi dengan harga yang murah di tempat lain.
Kelemahan sistem merkantilisme
Beliau mengkritik dasar ekonomi merkantilisme yang diamalkan di Eropah.
Beliau turut menolak tindakan kerajaan untuk mengawal koloni tanah jajahan
Menurutnya, tanah jajahan akan lebih berkembang sekiranya diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
Tindakan sedemikian akan meningkatkan beban kewangan kepada negara induk.
Pengkhususan antarabangsa
Beliau mencadangkan agar sesebuah negara melakukan pengkhususan antarabangsa agar sesebuah negara dapat menghasilkan lebihan produk yang mampu di pasarkan ke negara lain.
Perkembangan ini boleh meningkatkan sumber pendapatan dan kekayaan sesebuah negara.
KESIMPULAN
Pandangan yang dikemukan Adam Smith sangat membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh England
Malah ideanya juga turut diterima oleh negara-negara lain di seluruh Eropah
Unit 3.3 ; Intelektual
TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
AEZA MASTURA BINTI MAD