Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HURAIKAN KEPENTINGAN PEMIKIRAN CHARLES MONTESQUIEU ATAS ASPEK POLITIK,…
HURAIKAN
KEPENTINGAN PEMIKIRAN
CHARLES MONTESQUIEU
ATAS ASPEK POLITIK
PENDAHULUAN | Charles Montesquieu merupakan seorang tokoh falsafah yang lahir pada era
Enlightenment
di Perancis. Setelah menamatkan pengajian tinggi Montesquieu menjadi seorang peguam dalam kerajaan tempatan. Beliau merupakan seorang yang sangat berminat untuk mengkaji tentang undang-undang dan peraturan dalam negara-negara Eropah.
Pemikiran beliau dapat dilihat melalui karya-karyanya iaitu :
Persion Letters (1721)
The Spirit of the Laws (1748)
The Consideration on the causes of the Grand net-and Decadence of The Romanstext
ISI 1 | Teori Pengasingan Kuasa :
Karyanya
The Spirit of the Laws
terhasil melalui pemerhatian beliau aabila berlakunya perubahan dalam dasar perlembagaan Britain dan Perancis setelah berlakunya peralihan daripada sistem pemerintahan monarki mutlak kepada kerajaan berparlimen.
Mengikut teori yang dikemukan oleh Montesquieu, beliau menyatakan terdapat tiga sumber kuasa yang perlu diasingkan dalam sesebuah pemerintahan
Pengasingan kuasa akan membolehkan kebebasan politik dapat dicapai dalam sesebuah pemerintahan. Pengasingan kuasa ini perlu bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana cabang pemerintahan, sama ada badan kehakiman, parlimen atau eksekutif.
Melalui konsep pengasingan ini, rakyat akan memperolehi kebebasan dan mengelak berlakunya pertindihan bidang kuasa dan yang paling penting mengelak penyalahgunaan kuasa.
Dokrinnya mempunyai pengaruh yang luas dan terkenal sehingga mempunyai pengaruh yang luas dan terkenal sehingga mempengaruhi penulisan Perlembagaan Amerika Syarikat.
ISI 3 | Konsep Perseimbangan Kuasa
Setiap pentadbiran perlu mempunyai satu kaedah penyeimbangan kuasa dan instrumen semak kuasa bagi memantau perjalanan pentadbiran bagi mengelakkan tiada yang terlalu berkuasa sehingga pemantauan sukar dilakukan
Beliau menjelaskan kuasa perlu dibatasi dan rakyat mendapat hak yang sepatutnya kerana di dalam sistem monarki sepenuhnya, tiada had kepada kuasa raja.
ISI 5 | Kepentingan Nilai
Moral
Dalam karyanya
Persian Letters
beliau membangkitkan persoalan moral rakyat dan pemerintahan. Nilai moral amat penting dalam mempertahankan sesebuah kerajaan.
Misalnya, situasi yang berlaku pada era pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV . Beliau mengkritik gaya hidup mewah golongan kaya dan juga gereja serta pemerintahan. Gaya hidup mewah mereka ini dilihat tidak menjaga nilai moral. Hal ini merupakan satu keaiban dan boleh menjejaskan reputasi masyarakat atau negara.
Karya-karyanya sebegini telah menjadi senjata yang paling berkesan untuk mengkritik dasar pemerintahan dan menjadi dorongan atau inspirasi kebangkitan rakyat Perancis khususnya dan negara Eropah Barat untuk melakukan perubahan terhadap amalan pemerintahan kuasa mutlak sedemikian.
ISI 4 | Tiga Bentuk Kerajaan
Montesquieu menyatakan terdapat tiga bentuk kerajaan iaitu monarki, republik dan kerajaan despotik diperintah oleh diktator.
Beliau berpendapatan kerajaan yang terbaik adalah yang dipilih dan dilantikoleh rakyat seperti dalam sistem demokrasi. Sistem demokrasi terbaik adalah yang melaksanakan konsep pengasingan kuasa.
KESIMPULAN | Montesquieu merupakan tokoh terawal pada era
Enlightenment
yang melopori falsafah politik.
Pemikiran politik beliau terutamanya tentang konsep pengasingan kuasa, bentuk kerajaan, kebebasan dan perseimbangan kuasa telah menjadi asas penting dalam penggubalan perlembagaan negara Perancis dan Amerika Syarikat.
Sumbangan pemikiran atau idea politik yang dikemukakan oleh Charles Louis Montesquieu bukan sekadar karya luahan atau lontaran idea berbentuk santai, namun yang jelas merupakan kritikan halus yang digunakan untuk membangkitkan kesedaran pemerintahan agar memperbaiki kelemahan dan menyedarkan masyarakat agar bangkit mengikut lontaran idea Charles Louis Montesquieu.
ISI 2 | Pembentukan Tiga Badan Pentadbiran
Baginya perkara penting dalam sistem monarki ialah kewujudan penguasa yang mematuhi hukum, menghormati rakyat dan hak kaum bangsawan tetap ada. Sekiranya keadaan ini berlaku, corak pemerintahan sesebuah negara boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa.
Beliau yakin undang-undang kebanyakan negara boleh menjadi liberal, berperikemanusiaan dan mengelak berlakunya penyelewengan kuasa dengan pengalaman doktrin ini.
Setiap badan perlu dikendalikan oleh ketua yang berbeza tetapi mempunyai kuasa yang hampir sama. Pengendalian berbeza ini bagi mngelakkan manipulasi kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran
Pentadbiran yang efektif dan teratur perlu mempunyai badan seperti Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman
ISI 4 | Taat Setia Warganegara
Montesquieu turut menekankan kepentingan ketaatsetiaan kepada negara dan bukan individu berkuasa supaya unsur pembelotan tidak berlaku. Contohnya ketaatsetiaan dari tentera kepada negara dan bukan kepada pembelot
Begitu juga warganegara yang baik dan tidak korupsi membolehkan kerajaan melaksanakan pentadbiran dengan telus dan adil kepada rakyat.
Idea ini dapat dilihat melalui karyanya
The Consideration on the Causes of the Granduer and Decadence of The Romans.
Pemikiran beliau dalam karya ini berasaskan penelitian terhadap kegemilangan dan kejatuhan empayar Rom
Hal in berlaku disebabkan faktor pemerintahan, kuasa, bentuk kerajaan dan warganegara. Faktor-faktor ini memainkan peranan dalam kegemilangan dan kejatuhan sesebuah kerajaan.
AMNI YUSRA
6BC