Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN YANG BERKESAN DAN KONDUSIF…
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN YANG BERKESAN DAN KONDUSIF BAGI MEMBINA HUBUNGAN YANG POSITIF DI DALAM BILIK DARJAH
PERANAN GURU
PERSEKITARAN FIZIKAL
Kepekaan guru terhadap persekitaran fizikal bilik darjah untuk menjadikannya lebih kondusif dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan seronok dan selesa.
Oleh itu, persekitaran berkualiti akan terhasil sekiranya susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah dirancang dan disusun dengan baik dan memenuhi kriteria tertentu serta selari dengan keperluan murid dan matlamat kurikulum. Persekitaran fizikal dalam bilik darjah perlu dirancang dengan baik kerana ia mencerminkan idea, nilai, tingkah laku dan budaya yang diharapkan dalam bilik darjah tersebut (Sanoff et al., 2010).
Sebagai contoh, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Susunan ini memudahkan guru untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Kedudukan guru yang berhampiran dengan murid dapat memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif dapat membentuk budaya berdisiplin, menghargai alam sekitar dan mematuhi setiap arahan yang diberi (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).
Dengan peranan yang dimainkan oleh guru, tingkah laku dan interaksi sosial antara murid dapat berlaku dengan baik kerana persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Dorongan motivasi yang diberikan oleh guru kepada murid semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid meningkatkan dan membentuk tingkah laku murid ke arah yang positif.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dan menarik dengan mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid agar mereka dapat memberikan perhatian secara berterusan kepada proses pembelajaran.
Sebagai contoh, bagi murid “kinestetik”, guru boleh melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan aktiviti gallery walk, stay-stray dan sebagainya bagi menarik minat pelajar.
Dengan peranan yang dimainkan oleh guru, ia dapat membantu murid mencapai kejayaan kerana motivasi yang diberikan oleh guru dapat menyuntik semangat murid untuk belajar.
Murid ini dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila melakukan aktiviti melalui hands-on. (Murdoch Teacher Center, 1984).
-
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).