Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan peranan maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917. -…
Huraikan peranan maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.
Pendahuluan
Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja atau bercorak autokratik bermula pada tahun 1547 sehingga tahun 1917.
Gelaran raja atau maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna pakai oleh pemerintah empayar Byzantine.
Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Romanov pada tahun 1917.
Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksankan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak boleh membantah.
Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam msyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa.
Isi 1
Pemerintahan
Maharaja merupakan ketua negara yang berkuasa mutlak dalam pentadbiran dan baginda mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, perundangan, ketenteraan, ekonomi serta agama
Tsar juga mempunyai kuasa melantik pembesar untuk menjalankan pentadbiran di peringkat pusat & wilayah.
Contohnya, Tsar Peter Agung melantik pembesar bagi institusi pentadbiran pusat seperti Duma, Zemsky Sobor dan Prikazi.
Semasa pemerintahan Tsarina Catherine Agung, sistem pentadbiran provinsi disusun semula.
Baginda melantik gabenor & naib gabenor bagi menguruskan pentadbiran di peringkat provinsi.
Isi 2
Perundangan
Tsar mengetuai sistem pentadbiran undang-undang di Rusia.
Baginda berperanan sebagai ketua hakim negara & melantik hakim untuk mengendalikan kes.
Semasa pemerintahan Tsarina Catherine Agung misalnya, Suruhanjaya Perundangan ditubuhkan yang berperanan menggubal kod undang-undang negara.
Tsar Alexander II pula memperkenalkan prinsip perundangan Barat di Rusia
Baginda menjalankan perbicaraan secara terbuka dan memperkenalkan sistem juri.
Isi 3
Ketenteraan
Dalam bidang ini, Tsar mengetuai pasukan tentera di medan perang.
Baginda melantik panglima-panglima tentera untuk merancang ekspedisi ketenteraan.
Tsar melancarkan peperangan bagi menghadapi pemberontakan yang tercetus di wilayah.
Semasa pemerintahan baginda, tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki.
Tsar bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada ancaman musuh.
Tsar menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengukuhkan kedudukan negara.
Semasa pemerintahan Tsarina Catherine Agung, wilayah Crimea & Poland dikuasai oleh Rusia.
Baginda melancarkan peperangan terhadap Poland bagi menamatkan pemberontakan yang berlaku di wilayah tersebut, lalu pada bulan September 1831, tentera Rusia berjaya menewaskan Poland.
Isi 4
Ekonomi
Tsar bertanggungjawab membangunkan ekonomi negara seperti mengambil langkah untuk meningkatkan sumber pendapatan negara.
Penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat dan pembuatan serta baginda menggalakkan pembinaan kilang membuat senjata & peralatan perang.
Industri pembuatan barangan seperti tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan. Baginda turut membangunkan industri membuat besi dan keluli.
Tsar Alexander II pula menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang di bandar-bandar besar serta menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh yang dihadapi oleh kilang-kilang kapas & bulu.
Semasa pemerintahan Tsar Nicholas II, sektor perindustrian mengalami perkembangan yang pesat kerana baginda mendapat pinjaman dari Perancis dan menggalakkan pelabur-pelabur dari Perancis, England dan Jerman untuk melabur dalam sektor perindustrian.
Isi 5
Agama
Tsar juga memainkan peranan sebgai ketua agama Kristian Orthodoks. Tsar turut berperanan sebagai penaung agama Kristian Orthodoks.
Baginda bertanggungjwb memperkukuh & menyebarkan ajaran agama Kristian tersebut.
Sebagi contoh, Tsar Peter Agung meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya dan memperkenalkan badan agama yang dikenali sebagai Holy Synod bagi menggantikan gereja Kristian Orthodoks.
Beliau juga melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod bagi mengukuhkan kedudukannya dalam bidang keagamaan.
Tsarina Catherine Agung turut mengambil langkah-langkah bagi mengawal institusi gereja dengan memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja.
Tsar Alexander III pula melaksanakan perubahan bagi mempertahankan Gereja Ortodoks Rusia.
BY MUHAMMAD IZZAT
Kesimpulan
Kedudukan dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan dan peranan raja atau maharaja di negara-negara lain di dunia ketika ini.
Tetapi akhirnya kedudukan dan peranan Tsar tamat setelah berlakunya Revolusi 1917 di Russia yang akhirnya Russia menjadi sebuah negara republik yang dipimpin oleh seorang Presiden.