Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HURAIKAN SISTEM PERSEKUTUAN YANG DIAMALKAN DI AMERIKA SYARIKAT PADA …
HURAIKAN SISTEM PERSEKUTUAN YANG DIAMALKAN DI AMERIKA SYARIKAT PADA
ABAD KE-18.
(AIN)
PENDAHULUAN
~Pembentukan bermula selepas tentera England dikalahkan oleh tentera koloni dalam Perang Kemerdekaan Amerika.
~Selepas mencapai kemerdekaan,perlembagaan baharu telah digubal pada tahun 1789.
~Pada tahun 1783,Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan termeterainya Perjanjian Versailles.
~Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan.
~Kerajaan persekutuan merujuk kepada pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.
ISI 1:PEMBAHAGIAN KUASA
1.Sistem pentadbiran persekutuan menekankan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.
2.Kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam perkara seperti pertahanan,percukaian,mata wang dan dasar luar negara.
3.Kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam menguruskan hal ehwal di negeri masing-masing.
4.Kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di kawasan yang ditetapkan.
5.Setiap peringkat pentadbiran dieri kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa yang diperuntukkan.
ISI 2:PEMERINTAHAN DEMOKRASI
1.Perlembagaan Amerika Syarikat 1789 menetapkan pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi.
2.Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi pilihan raya umum.
3.Pilihanraya untuk pemilihan presiden dan anggota kongres telah diadakan pada 1796 dan 1800.
4.Dalam pilihanraya,ahli-ahli dari Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih presiden.
5.Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara.
ISI 3:BADAN EKSEKUTIF
1.Diterajui oleh seorang presiden yang dipilih oleh rakyat untuk tempoh empat tahun.
2.Selepas tamat tempoh perkhidmatannya,presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun lagi.
3.Semua undang-undang yang diluluskan oleh kongres perlu ditandatangani oleh presiden.
4.Presiden juga boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh kongres.
5.Presiden merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera.
6.Sebagai ketua negara,presiden boleh menggunakan kuasa veto untuk membatalkan undang-undang.
ISI 5:BADAN KEHAKIMAN
1.Terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain.
2.Mahkamah merupakan sebuah badan bebas dan tidak menerima campur tangan.
3.Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap presiden dan ahli kongres sekiranya melanggar perlembagaan.
ISI 4:BADAN PERUNDANGAN
4.Anggota Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat.
3.Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat.
2.Tugas utama adalah menggubal undang-undang.
1.Dikenali sebagai Kongres yang dianggotai ahli yang dipilih melalui pilihanraya.
KESIMPULAN
~Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan.
~Bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri telah ditetapkan bagi memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.
~Perlembagaan menetapkan pengagihan kuasa antara badan eksekutif,kehakiman dan perundangan.
~Sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat turut mempengaruhi negara lain di dunia