Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN PADA ABAD KE-16 MASIHI -…
PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN PADA ABAD KE-16 MASIHI
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke-16 M, sistem ekonomi bercorak feudal berkembang pesat di Jepun.
Sistem ekonomi feudalisme merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berada di bawah penguasaan golongan bangsawan.
Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan pemerintah.
Kegiatan ekonomi utama dalam sistem ekonomi feudal yang dilaksanakan di Jepun ialah pertanian.
Kegiatan ekonomi yang lain seperti pertukangan, perniagaan, perdagangan dan perindustrian juga diamalkan.
ISI 1
PERTANIAN
Mengalami perkembangan pesat di Jepun pada zaman Kamakura.
Tanaman yang diusahakan oleh petani ialah padi, gandum, barli, teh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sistem pengairan diperkenalkan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Penanaman dua tanaman setiap tahun dilaksanakan.
Tanaman komersial seperti kapas dan teh ditanam secara meluas pada zaman ini.
Aktiviti pertanian merupakan tulang belakang sistem ekonomi feudal yang diamalkan oleh masyarakat Jepun.
ISI 2
PERTUKANGAN
Perkembangan perdagangan menyebabkan permintaan untuk hasil pertukangan meningkat.
Muncul golongan tukang-tukang mahir yang menghasilkan kraf tangan yang bermutu.
Antara hasil pertukangan ialah barang perak, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran.
Kraf mutu dihasilkan oleh golongan Daimyo.
Golongan artis seperti tukang membuat senjata mendapat layanan yang istimewa pada zaman feudal.
ISI 3
PERNIAGAAN
Kegiatan perniagaan mengalami perkembangan pesat di Jepun pada zaman Kamakura.
Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan petani menjual lebihan hasil pertanian di pasar dan kedai.
Petani-petani yang tinggal di pekan atau bandar-bandar besar menjual hasil untuk mendapatkan wang.
ISI 4
PERDAGANGAN
Perkembangan ekonomi menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.
Wujud hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China.
Kemajuan dalam perdagangan juga menyebabkan muncul sistem ekonomi wang di Jepun.
Perkembangan perdagangan menyebabkan wujud kesatuan-kesatuan pedagang.
Pedagang-pedagang Jepun terlibat dalam perdagangan beras, garam, sake, pakaian dan kapas.
ISI 5
PERINDUSTRIAN
Dalam bidang perindustrian, pengeluaran barangan tembikar meningkat dengan pesat.
Pusat pengeluaran tembikar terletak di wilayah Owari.
Industri perlombongan emas, perak dan tembaga juag berkembang dengan pesat.
KESIMPULAN
Perkembangan ekonomi pada zaman feudal melahirkan kestabilan politik dan ekonomi di Jepun.
Jepun turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara luar seperti China dan Asia Tenggara
Kegiatan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat seperti Portugal membuka lembaran baru dalam dasar ekonomi negara.
by nurul najwa