Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
KUMPULAN…
-
Ayah Rohaya meneruskan lagi cerita tentang tokoh perjuangan Tanah Melayu dengan menceritakan mengenai Mat Salleh. Mat Salleh sangat terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian dalam bertempur. Beliau yang dilantik sebagai Wakil Kesultanan Sulu memperjuangkan sistem ekonomi dan perdagangan tempatan dari diganggu oleh pedagang asing. Perjuangan Mat Salleh menentang SBBUB bermula ketika SBBUB bertapak di Borneo Utara dan menubuhkan pemerintahan baru setelah penyerahan sebahagian tanah Borneo Utara kepada SBBUB. Sama seperti Dato Maharajalela, Mat Salleh juga menentang penjajah atas faktor sistem cukai yang tidak berasas, seperti cukai beras dan cukai perahu. Sistem buruh paksa juga dikenalkan kepada warga Sabah demi menyiapkan projek pembinaan syarikat. Malah, upah yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan. Pada akhirnya, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan.
Selain daripada Dato' Maharajalela, Mat Salleh, Rentap dan Tok Janggut, ayah Rohaya juga menceritakan tentang tokoh pahlawan di Naning yang terkenal dengan panggilan Dol Said. Dol Said merupakan penghulu di Naning telah membuat penentangan terhadap British pada tahun 1831-1832 semata-semata untuk mempertahankan kemerdekaan Naning apabila British mengenakan bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 1/10 terhadap Naning. Beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka. Selain itu, penentangan ini berlaku kerana British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat kuasa dan pengaruh Dol Said. Peraturan ini menghalang penghulu membicarakan kes jenayah dan beliau diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi arahan. Kebangkitan Dol Said berakhir apabila beliau telah menyerah diri kepada pihak British dalam Perang Mac 1832. Sebaik sahaja mendengar penceritaan tokoh-tokoh pahlawan daripada ayahnya, semakin bertambah perasaan kagum Rohaya terhadap pahlawan tanah air dan berazam untuk menjaga kedaulatan negara ini daripada cengkaman musuh-musuh luar.
-
Melihat Rohaya begitu berminat ingin tahu tentang perjuangan tokoh-tokoh tempatan, ayah Rohaya meneruskan penceritaan tentang Rentap iaitu tokoh yang melakukan penentangan di Sarawak. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Beliau juga digelar Raja Ulu dan Raja Darat. Rentap melakukan penentangan kepada James Brooke kerana James Brooke telah menghapuskan penempatan Orang Iban. James Brooke juga telah menuduh Rentap sebagai lanun. James Brooke melakukan serangan di beberapa tempat antaranya di Beting Maru. Setelah mengalahkan orang Iban di bawah pimpinan Abang Apong dan Linggir Mali Lebu, Brooke kemudiannya telah menyerang kubu Rentap yang berada di Sungai Lang iaitu cabang Sungai Skrang. Serangan ini memaksa Rentap berundur ke Bukit Sadok. Usaha Rentap dalam mengukuhkan kubunya di Bukit Sadok dengan meriam besi yang besar telah mengagalkan dua serangan tentera Brooke. Namun begitu, serangan tentera yang diketuai oleh James Brooke pada tahun 1863 telah mengalahkan Rentap dan menyebabkan Rentap melarikan diri ke Sungai Entabai. Rentap dinyatakan telah meninggal dunia beberapa tahun kemudian.