Hasil galakan daripada Rasulullah SAW, dalam jangka masa yang singkat sahaja umat Islam telah melalui transformasi baru dalam bidang ilmu pengetahuan. Mereka buakn sahaja mahut dalam ilmu pengetahuan fiqh, tafsir, tauhid malahan mereka juga mahur dalam bidang-bidang baru seperti sains, matematik, astronomi, perubatan dan sebagainya.Perkembangan dalam pelbagai bidang ini semakin bersemarak khususnya pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbas di Baghdad dan Kerajaan Bani Umayyah di Andalus.