Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model Pengurusan Kelompok Kounin - Coggle Diagram
Model Pengurusan Kelompok Kounin
Pengenalan
Fokus kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Asas keberkesanan model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru
Jacob Kounin(1971) seorang pakar psikologi dari Wayne University
5 Teknik
Kelancaran (Smoothness)
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti bilik darjah, guru perlulah mengelakkan penerangan yang meleret, mengulangi perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi. Hal ini, perlu dilakukan supaya peralihan dua aktiviti dalam pembelajaran menjadi lebih licin.
Merangkumi semua (Withitness)
Ia merujuk kepada kepekaan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh murid pada setiap masa. Dengan kepekaan ini guru dapat menjangka masalah yang akan timbul dan seterusnya menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.
Kepekaan kelompok (Group Focus)
Kebolehan ini diperlukan bagi mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Perkara ini dapat dilakukan apabila guru berupaya mengemukan soalan yang boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid.
Pertindanan (Overlapping)
Pertindanan merujuk kepada keupayaan guru menangani lebih daripada satu situasi secara serentak. Contohnya, guru berupaya menulis di papan tulis sambil mengawasi murid yang berada di barisan belakang. Hal ini, akan menjadikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang terkawal.
Momentum (Momentum)
Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk meneruskan pengajaran dengan lancar dan cekap melakukan peralihan sesuatu aktiviti. Hal ini akan membantu murid bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3 ciri kesan gelombang (Ripple Effect)
Teguh dan Serius
Memberi arahan dengan tegas dan bernada serius
Cara Membuat teguran
Harus mengawasi persekitaran setiap masa
Teguran dibuat dengan tegas, jelas dan serius
Pilih masa yang sesuai untuk membuat teguran
Jangan melengah-lengahkan teguran
Teguran perlu dilakukan sebaik sahaja tingkah laku sedang dilakukan
Jelas
Teguran yang diberikan mestilah jelas
Guru perlu menyatakan secara spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan
Elak memberi teguran secara umum
Contoh: balqis kembali ke tempat duduk atau saya potong markah 5 bintang.
Kesimpulan
Model kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah sepenuhnya
Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang salah walaupun diawasi oleh guru dengan cara yang paling baik.