Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS - Coggle Diagram
MODEL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
Model Itineran
Model guru beredar yang menyediakan bantuan kepada kanak-kanak dari guru PK dalam suasana yang semula jadi
Sasaran : Semua murid berkeperluan khas
Cara pelaksanaan: Khidmat bantu secara terus di bilik darjah
Penglibatan: Murid dan guru
Lokasi: Kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK
Model Konsultan
Model perundingan yang melibatkan konsultan sebagai profesional luaran untuk membantu sistem sekolah dan murid yang bermasalah khusus melalui proses perundingan
Sasaran : Kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitan
Cara pelaksanaan: Khidmat bantu secara lebih terbuka
Penglibatan: Murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitan
Lokasi: Bebas, dalam dan luar sekolah
Model Kelas Biasa
Pendidikan Inklusif melibatkan murid berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa yang membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka
Bentuk pendidikan inklusif: Inklusif penuh dan inklusif separa
Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas.
Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.
Model Bilik Resos
Bilik yang disediakan untuk menjayakan Program PendidikanKhas Integrasi.
Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan.
Fungsi guru resos terbahagi kepada 3:
:check: Pengajaran & pembelajaran
:check: Pengurusan Kelas bimbingan
Aktiviti :check: tambahan
Model Kelas Khas
Kelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang lain.
Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas.
Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama.
Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti pdp secara berasingan.