CHINA
1) Dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107) dan Zhuxi (1130-1200) berpendapat bahawa ilmu dan pendidikan dapat diperoleh dengan menggabungkan pemikiran rasional dan mental serta kaedah inkuiri turut digalakkan bagi memperoleh sesuatu ilmu itu.
2) Wang Shouren (1472-1528) Dinasti Ming berpendapat bahawa ilmu intuitif adalah terkandung dalam setiap jiwa mental seseorang individu.
3) Hu Shih (1891-1962) menyatakan bahawa kaedah induktif perlu digunakan bagi mengkaji tatabahasa dan mengutarakan sesuatu pendekatan serta berani membuat atau membentuk suatu hipotesis dan berhati-hati dalam mencari sesuatu bukti atau membuat penelitian terperinci bagi mencari sesuatu bukti.
4) Confucius (551 - 479) menyatakan konsep pendidikan adalah untuk semua tidak mengambil kira status seseorang serta sosio-ekonomi seseorang. Hal ini bagi menghasilkan individu yang berkebolehan serta menanamkan sikap moral yang lebih berkualiti. Hal ini dengan memberi fokus kepada pendidikan moral, bidang falsafah, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara. Selain itu beliau turut menyatakan bahawa guru berperanan sebagai fasilitator dan menyampaikan ilmu yang mereka mahir dengan baik.