Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SAINS TAHUN 3 PELAJARAN 5: TUMBUHAN (PEMBIAKAN TUMBUHAN), NUR…
DSKP SAINS
TAHUN 3
PELAJARAN 5: TUMBUHAN
(PEMBIAKAN TUMBUHAN)
AHLI-AHLI KUMPULAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memberi contoh tumbuhan bagi setiap cara pembiakan
Menyatakan cara tumbuhan membiak
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat memberi contoh tumbuhan bagi setiap cara pembiakan
Murid dapat menyatakan cara pembiakan tumbuhan
AKTIVITI
Guru menyatakan objektif pembelajaran
Guru menayangkan video animasi kepada murid
Murid membuat pemerhatian ke atas video yang ditayangkan
Sesi soal jawab diadakan.
Murid dikehendaki menjalankan latihan amali secara berkumpulan di luar kelas.
Guru menilai latihan amali pelajar.
STRATEGI PENGAJARAN
Berpusatkan pelajar
Sesi soal jawab (lisan)
Latihan amali secara berkumpulan
TEORI PEMBELAJARAN
Konstruktivisme
Teori konstruktivisme adalah berdasarkan premis bahawa pelajar membina pembelajaran idea baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang terdahulu. Pelajar mendapat ilmu samada melalui menguji teori terdahulu atau penyelesaian kesalah fahaman. Pelajar lebih aktif dalam ciptaan makna dan pengetahuan.
Pelajar dapat belajar dengan baik apabila mereka secara aktif membina pengetahuan dan pemahaman.
Dua tokoh utama bagi pendekatan konstruktivisme adalah Jean Piaget dan John Dewey
STORYLINE
Video Pengenalan
Pada suatu petang, Fahmi meronda disekeliling kampung dengan basikalnya. Kemudian dia berjumpa dengan Pak Ali yang merupakan seorang petani di kampungnya yang sedang menguruskan tanaman di kebunnya.
Pak Ali mengajak Fahmi singgah di kebunnya. Fahmi melihat ada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang tidak dikenalinya. Fahmi yang hairan kemudian bertanyakan Pak Ali tentang bagaimanakah tumbuh-tumbuhan tersebut membiak.
Video Kandungan 1
Pak Ali menerangkan kepada Fahmi beberapa cara pembiakan tumbuh-tumbuhan seperti biji benih, batang bawah tanah dan keratan batang.
Video Kandungan 2
Fahmi bertanya kepada Pak Ali apakah contoh-contoh tumbuhan bagi setiap cara pembiakan yang telah disebutkan oleh Pak Ali. Pak Ali kemudiannya menerangkan contoh tumbuhan yang ada dikebunnya iaitu pokok betik melalui biji benih, pokok bawang melalui batang bawah tanah dan pokok ubi kayu melalui keratan batang.
Video Kandungan 3
Fahmi menzahirkan rasa teruja dan gembira kepada Pak Ali kerana berkongsi pengalaman yang baru dan menarik kepadanya dan Pak Ali juga berpesan kepada Fahmi supaya jangan lupa untuk singgah di kebunnya lagi.
Penutup
Penerapan kelestarian/penjagaan alam sekitar, sesi soal jawab & latihan amali berkumpulan.
MODEL INSTRUKSIONAL
Model ASSURE
ANALISIS PELAJAR
Menganalisis pelajar yang tidak mengetahui cara pembiakan tumbuh-tumbuhan
MENYATAKAN STANDARD OBJEKTIF
Menyatakan contoh tumbuhan beserta cara pembiakan
PEMILIHAN STRATEGI DAN MEDIA
Menggunakan video animasi dan simulasi
PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN
Menayangkan video cara pembiakan tumbuhan kepada pelajar melalui youtube
PENGLIBATAN PELAJAR
Pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan latihan amali secara berkumpulan
NUR ILHAM AMIRAH BINTI ZAABAR
(P123057)
NIK HASBY KALSOM BINTI NIK HASHIM
(P124453)
SITI MAISARAH BINTI AHMAD (P123611)
SITI NURSAHIRA BINTI ZULKIFLI
(P122323)
GGGE5013: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER 1 SESI 2022/2023
KUMPULAN 4