Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SEJARAH TINGKATAN 1 TOPIK 1.5, AKTIVITI PEMBELAJARAN, SITI…
DSKP SEJARAH TINGKATAN 1 TOPIK 1.5
STORYLINE
VIDEO
1) Farisha dan keluarganya bercuti ke Terengganu sempena cuti sekolah. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke hotel, Farisha ternampak batu besar di tengah-tengah bulatan trafik. Dia terus bertanya kepada ibunya tentang batu besar itu kepada ibunya, Puan Aini memberitahu bahawa batu besar itu merupakan Batu Bersurat. Farisha kelihatan agak tertanya-tanya mengenai Batu Bersurat itu.
2) Puan Aini dan suaminya, Encik Arif menyedari semangat inkuiri dalam diri Farisha tentang Batu Bersurat. Mereka bersepakat untuk membawa Farisha sekeluarga ke Muzium Terengganu untuk melihat Batu Bersurat yang asal pada keesokan harinya. Sewaktu di Muzium Terengganu, mereka melihat Batu Bersurat yang asal. Farisha merasa pelik kerana batu bersurat yang mereka lihat semalam di bulatan trafik juga ada di sini. Encik Arif memberitahu bahawa batu bersurat yang Farisha lihat semalam merupakan monumen sahaja bukan yang asal. Ketika mereka berada di sana, seorang pegawai muzium sedang memberikan taklimat mengenai Batu Bersurat. Farisha terus berjalan kearah pegawai tersebut untuk mendengar taklimat yang disampaikan.
3) Menurut pegawai muzium, terdapat tiga kaedah penyelidikan dalam sejarah iaitu kaedah bertulis, kaedah lisan dan kaedah arkeologi. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 hijrah bersamaan 1303 Masihi termasuk dalam kaedah bertulis. Tambah pegawai itu lagi, kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan maklumat pada sumber yang ditulis atau dipahat. Batu Bersurat Terengganu ini dipahat untuk menceritakan tentang hukum Islam yang menjadi bukti bahawa Islam bertapak di negara kita lebih awal dari tarikh batu bersurat itu.
4) Selesai taklimat itu, Farisha cuba membaca tulisan di batu bersurat itu tetapi bahasa dan tulisan yang digunakan agak sukar untuk difahami. Farisha bertanya kepada ibu-bapanya tentang tulisan dan bahasa yang digunakan pada batu bersurat itu. Puan Aini menjelaskan bahawa tulisan yang digunakan adalah tulisan Jawi klasik dalam Bahasa Melayu purba. Puan Aini menyuruh Farisha membaca tafsiran batu bersurat itu kerana tafsiran itu sudah diolah oleh penyelidik untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang isi kandungan batu bersurat. Setelah 2 jam di sana, mereka pulang ke hotel. Farisha memberitahu ibubapanya yang dia berpuas hati dengan lawatannya ke muzium Terengganu.
PENUTUP
1) Dapat mempelajari sejarah secara umum dan berfikiran lebih kritis
2) Penerapan nilai murni: menanam semangat patriotisme dalam diri.
NAMA AHLI KUMPULAN 12:
SITI NURFARAHIYAH BINTI RAKBI (P124309)
NUR IMAN HUSNA BINTI MOHD BASRI (P123461)
NURKHAIRUNNISA BINTI IBRAHIM (P123088)
NORHAZNAZIHA BINTI MOHD DAUD(P124481)
MENGENALI SEJARAH
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1) Menjelaskan maksud sumber primer dan sekunder
2) Menjelaskan lima proses dalam penyelidikan sejarah secara bertulis
3) Menjelaskan dua kepentingan sumber primer
KAEDAH PEMBELAJARAN
Kaedah Penceritaan
HASIL PEMBELAJARAN
1) Murid dapat menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah
2) Murid dapat mengenali konsep masa silam dan ruang dalam sejarah
3) Murid dapat memahami kaedah penyelidikan dan dapat memahami pentafsiran sejarah
4) Murid dapat menguasai tajuk iaitu pengenalan ilmu sejarah dgn baik.
MODEL ASSURE
PENGLIBATAN MURID (R)
- murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dengan melakukan perbincangan dan kuiz
PEMILIHAN MEDIA (U)
- menggunakan video animasi mengenai Topik 1.5 dan aplikasi Doratoon
PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN (S)
- menayangkan video kepada pelajar menerusi layar skrin
NYATAKAN OBJEKTIF (S)
- dapat memahami konsep sejarah secara umum
MENILAI DAN MENYEMAK SEMULA BAHAN (E)
- menilai pelajar yang masih belum memahami sepenuhnya tentang topik yang diajar melalui soalan pengukuhan yang diberikan
ANALISA PELAJAR (A)
- menilai bahan dan kemampuan pelajar
TEORI PEMBELAJARAN
Teori Konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Teori ini juga berupaya membantu pelajar untuk membina pembelajaran itu sendiri
Tokoh utama dalam teori konstruktivisme ialah Jean Piaget. Menurut Jean Piaget keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Teori ini juga merupakan proses yang pelajar lalui untuk mengetahui sesuatu.
STANDARD PEMBELAJARAN
1) Menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah
2) Menerangkan kepentingan mengaplikasikan ilmu Sejarah dalam kehidupan
PENGENALAN
Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar. Kaedah bertulis juga boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan. Proses kaedah bertulis termasuklah:
2) Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
1) Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh dan institusi
3) Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
4) Menggunakan peralatan yang sesuai
5) Menganalisis
AKTIVITI PEMBELAJARAN
3) Menjawab soalan latihan pengukuhan.
4) Guru atau pelajar membuat kesimpulan mengenai tajuk yang dipelajari hari ini.
1) Guru menerangkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai oleh murid
2) Soal jawab antara guru dan murid