Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DPLI SET 4 IPGKB
SAINS TAHUN 1
UNIT 3
Benda Hidup dan Benda…
-
Konstruktivisme
Teori ini merupakan pendekatan pengajaran berdasarkan kepada pengalaman sebenar murid.
Teori ini memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan persekitaran dan pengalaman seterusnya memperoleh kefahaman tentang peristiwa tersebut.
- Membanding dan membezakan benda hidup dan benda bukan hidup berdasarkan ciri-ciri berikut:
(i) bernafas
(ii) memerlukan air dan makanan
(iii) bergerak
(iv) membesar
(v) membiak
- Murid tahun 1 dapat membandingkan
dan membezakan benda hidup
dan benda bukan hidup
- Menggunakan video animasi mikro learning aplikasi Powtoon untuk ditayangkan kepada murid
- Menilai jawapan dan pengetahuan yang diperolehi pelajar melalui pengkelasan
- Murid terlibat dalam aktiviti pengukuhan (mengelaskan benda hidup dan benda bukan hidup melalui kertas kerja)
Video Kandungan 1 (Pengenalan)
- Siti, Laila dan Adam sedang bersiar-siar di taman. Mereka terserempak dengan Cikgu Aminah. Cikgu Aminah menegur mereka dan bertanya apa yang mereka sedang lakukan di taman.
- Adam menjawab soalan cikgu bahawa mereka sedang melihat layang-layang dan Laila pula menjawab bahawa mereka sedang melihat burung yang sedang terbang.
- Cikgu Aminah memberitahu layang-layang dan burung bergerak dan seterusnya bertanya kepada mereka adakah mereka tahu apa itu benda hidup dan benda bukan hidup?
- Laila menjawab benda yang bergerak adalah benda hidup.
- Cikgu menjelaskan burung bergerak dan ia benda hidup, manakala layang-layang bergerak tapi ia bukan benda hidup.
Penutup (quiz)
- Berdasarkan pelajaran yang baru dipelajari, Siti menyatakan ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup.
- Siti menyenaraikan 5 benda hidup iaitu kucing, burung, ikan, tumbuhan, ibu dan ayah. Bagi benda yang bukan hidup pula ialah kerusi, meja, lampu, bola dan tingkap.
- Siti telah membentuk sebuah pemikiran yang baru melalui pengalaman beliau. Siti dapat membandingkan dan membezakan benda hidup dan benda bukan hidup.
- Nilai yang dapat diperoleh melalui cerita ini adalah, murid dapat menambah ilmu pengetahuan dengan sifat ingin tahu yang ada dalam diri mereka. Selain itu, murid juga boleh mengaplikasikan setiap maklumat yang ada untuk mengelaskan benda hidup dan benda bukan hidup
Video Kandungan 2 (Benda hidup)
- Cikgu Aminah menerangkan kepada mereka, ciri-ciri benda hidup iaitu mestilah memerlukan air dan makanan, boleh bernafas, bergerak, membiak dan membesar.
- Contoh benda hidup ialah manusia, burung dan kucing.
Video Kandungan 3 (Benda bukan hidup)
- Cikgu Aminah bertanya kepada mereka adakah mereka tahu tentang ciri-ciri benda bukan hidup.
- Siti meneka bahawa benda bukan hidup tidak bernafas.
- Cikgu Aminah mengiakan tekaan Siti dan menerangkan ciri-ciri benda bukan hidup, iaitu tidak bernafas, tidak makan dan minum, tidak bergerak sendiri, tidak membesar dan tidak membiak.
- Cikgu Aminah meminta mereka memerhatikan sekeliling taman dan memerhatikan seorang kanak-kanak yang sedang meniup belon dan bermain layang-layang.
- Mereka bertanya adakah belon itu benda hidup kerana ia membesar dan layang-layang benda hidup kerana ia bergerak.
- Cikgu Aminah menjawab, belon itu membesar tapi ia bukan benda hidup. Belon membesar kerana ditiup oleh manusia.
- Layang-layang di awan pula bergerak tapi bukan benda hidup. Ia bergerak kerana ditiup angin dan dikawal oleh manusia.
- Cikgu Aminah menyatakan contoh benda bukan hidup di taman adalah belon, bola dan layang-layang.
Video Kandungan 4 (Persamaan dan Perbezaan)
- Tiba-tiba, Siti menunjukkan kapal terbang yang sedang terbang di udara.
- Siti bertanya kepada Cikgu Aminah tentang perbezaan antara kapal terbang dan burung kerana kapal terbang bergerak sama seperti burung.
- Cikgu Aminah menerangkan kapal terbang bergerak kerana enjin di dalamnya, tetapi burung bergerak kerana ciri dan sifat benda hidup padanya.
- Perbezaan kapal terbang dan benda hidup berdasarkan pada ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup yang telah mereka pelajari. Ciri asas benda hidup memerlukan makanan dan minuman untuk hidup dan terus membesar. Manakala, ciri asas benda bukan hidup memerlukan sokongan untuk bergerak seperti enjin dalam kapal terbang tadi.
- Laila bertanya kepada Cikgu Aminah tentang persamaan antara benda hidup dan benda bukan hidup.
- Cikgu Aminah menerangkan bahawa persamaan antara kedua-duanya ialah mereka mempunyai pergerakan dan jangka hayat.
- Cikgu Aminah memberi tugasan kepada mereka supaya mereka menyenaraikan 5 benda hidup dan 5 benda bukan hidup selepas pulang ke rumah.