2) Guru Ain menjelaskan bahawa solatnya tidak sah kerana ada najis yang dibawa bersama dalam solat. Ain perlu membersihkan dahulu tempat atau angota yang terkena najis tadi. Guru Ain juga menjelaskan bahawa najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu najis mukhaffafah, najis mutawassitah dan najis mughallazhah . Pertama, najis ringan contohnya air kencing bayi lelaki yang berumur dua tahun yang masih menyusu susu ibunya. Kedua, najis pertengahan seperti nanah, darah, muntah dan seumpamanya. Ketiga, najis berat, iaitu anjing dan babi. Najis tahi ayam pada telekung ain termasuk dalam najis pertengahan. Maka perlulah dibuang terlebih dahulu dari telekungnya, lalu dibasuh dengan air mutlak sehingga hilang rasa, warna dan baunya.