Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SEJARAH DARJAH 5 TAJUK 4: IDENTITI NEGARA KITA UNIT 9:…
DSKP SEJARAH DARJAH 5 TAJUK 4: IDENTITI NEGARA KITA
UNIT 9: BENDERA BERKIBAR
NAMA AHLI KUMPULAN 5:
NAQIB AIMAN BIN ZULKIFLI P122618
SYAIFUL AZIZEY BIN JUSOF P122317
NUR SYAZLIYANA BINTI KHOLID P122839
NOR FATIHAH AMIRAH BINTI SUHARDI P122798
PENDEKATAN PEMBELAJARAN
Komunikatif
Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Secara umum, pendekatan ini memberi fokus khusus kepada murid.
Aspek makna sangat diutamakan
Dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan nama bendera kebangsaan
Menyatakan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat menerangkan warna dan lambang pada bendera kebangsaan.
Murid boleh menguasai maklumat tentang bendera kebangsaan sebagai identiti negara.
AKTIVITI
1) Guru menyatakan objektif pembelajaran
2) Guru menayangkan video kepada murid
3) Murid membuat pemerhatian ke atas video yang ditayangkan
4) Guru menilai pengetahuan yang diperoleh murid dengan mengadakan sesi soal jawab
JALAN CERITA
VIDEO KANDUNGAN 1
:
Sarah dan ibu bapanya berjalan-jalan di Dataran Merdeka, sambil menonton perarakan yang sedang berlangsung. Ketika mereka berjalan-jalan, Sarah bertanya kepada ibu bapanya mengenai bendera yang besar di Dataran Merdeka.Ibu Sarah memberitahu Sarah, bahawa bendera tersebut adalah Bendera Kebangsaan Malaysia, bendera itu diberi nama Jalur Gemilang
VIDEO KANDUNGAN 2
:
Bapa Sarah kemudian bertanya kepada anak nya, adakah Sarah tahu apakah warna yang terdapat di dalam bendera jalur gemilang? Sarah pun berkata ada 4 warna di dalam bendera jalur gemilang iaitu warna merah, biru, kuning dan putih. Bapa Sarah pun memuji Sarah kerana Sarah memberi jawapan yang betul. Bapa Sarah juga menerangkan maksud di sebalik warna-warna tersebut kepada Sarah iaitu warna merah melambangkan keberanian, warna biru pula bermaksud perpaduan rakyat, warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada raja dan negara dan terakhir sekali warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan.
VIDEO PENUTUP
Penerapan nilai murni : kita sebagai rakyat Malaysia harus menghormati jalur gemilang dengan tidak meletakkan jalur gemilang di tempat yang tidak sepatutnya seperti dalam keadaan terbalik serta menanam sifat patriotisme dalam diri kita .
VIDEO PENGENALAN
Pada suatu petang, Sarah dan ibu bapanya sedang bersembang sambil minum petang di ruang tamu. Ketika bersembang, bapanya bercadang untuk membawa Sarah ke Dataran Merdeka sempena hari kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos nanti.
VIDEO KANDUNGAN 3
Ibu Sarah pula bertanya kepada Sarah adakah Sarah tahu apa maksud lambang-lambang pada bendera kebangsaan kita? Sarah pun menjawab tidak tahu ibu. Ibu Sarah pun menerangkan terdapat 2 lambang di bendera kebangsaan kita iaitu bulan sabit dan bintang pecah 14. Bulan sabit itu melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan bintang pecah 14 itu melambangkan gabungan 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Sarah berasa amat seronok pada hari ini kerana dapat mengetahui banyak perkara mengenai bendera kebangsaan negara. Sarah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya kerana membawanya ke dataran merdeka ini.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.
Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.
Teori ini adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne.
MODEL ASSURE
Penggunaan Media dan Bahan:
Video ditayangkan melalui
Youtube
di dalam kelas
Nyatakan Objektif:
menyatakan nama bendera kebangsaan
menyatakan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan
Analisis Murid:
Murid kurang memahami tentang bendera kebangsaan
Penglibatan Murid dalam Pembelajaran:
Murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
Penilaian:
Menilai tahap penguasaan murid tentang bendera kebangsaan sebagai identiti negara
Pemilihan Media dan Bahan
:
Video Micro Learning menggunakan aplikasi
Powtoon