2)Semasa waktu kelas sains, Aiman menanyakan kepada Cikgu Asima berkenaan dengan angkasa. Cikgu Asima menjelaskan kepada pelajar berkenaan dengan angkasa. . Di angkasa ada sistem suria yang terdiri daripada Matahari dan objek astronominya yang terikat oleh gravitinya ke dalam orbit disekelilingnya. Semuanya terbentuk daripada awan molekul gergasi kira-kira 4.6 billion tahun lalu. sebahagian besar jisim ini datangnya daripada Matahari. Seterusnya,cikgu Asima menjelaskan kepada pelajar tentang 8 planet yang ada dalam sistem solar. Antaranya ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun Asima menerangkan kepada mereka tentang 3 planet yang paling unik dan popular iaitu Utarid, Musytari dan Zuhal. Cikgu Asima juga menerangkan dengan lebih teliti mengenai tiga planet ini termasuklah perbezaan suhu setiap planet ini.