Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KUMPULAN 9, AHLI KUMPULAN 9, Model ADDIE, AKTIVITI, OBJEKTIF PEMBELAJARAN,…
-
-
Model ADDIE
-
- (ANALYSIS) Mengenal pasti kefahaman pelajar berkaitan kerosakan makanan, ciri makanan rosak, bagaimana ia terjadi dan cara mengatasi masalah makanan rosak.
- (DESIGN) - Pemilihan strategi pembelajaran melalui eksperimen mudah berkaitan dengan kerosakan makanan. Selain itu, penerangan ringkas melalui video akan dilakukan.
- (DEVELOPMENT) - Penyediaan bahan dan apparatus berkaitan dengan eksperimen yang bakal dijalankan. Pembangunan video interaktif yang sesuai dengan pemahaman murid.
- (IMPLEMENTATION) - Eksperimen dijalankan setelah selesai proses penyediaan bahan dan dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Video interaktif juga telah berjaya disiapkan telah dipastikan faktanya betul dan duji berkali-kali agar penyampaian kepada murid tepat dan mudah difahami.
- (EVALUATION) - Penilaian terhadap murid dilakukan melalui soal-jawab ringkas untuk memastikan murid memami konsep asas kerosakan makanan melalui aktiviti menarik yang telah dijalankan.
-
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
DSKP SAINS TAHUN 6 BAB 8.0 TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN 8.1 KEROSAKAN MAKANAN 8.2 PENGAWETAN MAKANAN
-
HASIL PEMBELAJARAN
- Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri makanan rosak.
- Murid dapat mengenal pasti punca sebenar yang boleh membawa kepada berlakunya kerosakan terhadap makanan.
- Murid dapat memahami tujuan pengawetan makanan dilakukan serta contoh kaedah yang boleh digunakan dalam proses tersebut.
- Menyatakan sebab yang boleh membawa kepada berlakunya kerosakan terhadap makanan.
- Menjelaskan secara ringkas tujuan pengawetan makanan dilakukan beserta contoh kaedah pengawetan.
- Menjelaskan serta memberikan contoh bagi ciri-ciri makanan yang telah rosak.
-
-
Video Pengenalan
-
Pada waktu rehat, dua sekawan Iman dan Junior pergi ke kantin sekolah untuk makan. Semasa di kantin, Iman terlebih dahulu membuka bekal rotinya dan kemudian Junior pula membuka bekal nasi gorengnya.
Ketika Iman dan Junior membuka bekalan mereka masing-masing, Cikgu Imran secara kebetulan lalu di hadapan mereka berdua dan ternampak bekalan mereka.
Video Kandungan 1
-
Cikgu Imran mendekati mereka dan mendapati bekalan roti Imran sudah bertukar warna. Cikgu Imran dengan segera menghalang Iman untuk makan bekal rotinya. Iman berasa hairan dan bertanya mengapa dia tidak boleh makan rotinya.
Cikgu Imran menerangkan kepada mereka bahawa roti Iman sudah pun rosak seterusnya menerangkan ciri-ciri makanan rosak. Antaranya ialah makanan tersebut bertukar warna menjadi hitam, berkulat, dan berbuih, berbau busuk, berasa masam dan berlendir.
Video Kandungan 2
-
Kedua murid tersebut pun merasa terkejut apabila mendengar penerangan daripada Cikgu Imran. Lalu mereka bertanya lagi tentang bagaimana hal tersebut boleh terjadi. Cikgu Imran seterusnya menjelaskan kepada mereka bahawa hal tersebut boleh berpunca daripada tindakan mikroorganisma yang bertumbuh dalam makanan disebabkan keadaan yang lembap dan panas.
Akhir sekali, CIkgu Imran juga menerangkan serba sedikit tentang tujuan pengewatan makanan serta contoh kaedah pengawetan yang bersesuaian dengan kondisi makanan.
Video Penutup
-
Selepas mendengar penjelasan daripada Cikgu Imran, Iman pun membuang makanannya dan mereka berkata bahawa selepas ini mereka akan memeriksa makanan mereka terlebih dahulu sebelum memakannya.
-
boleh tambah elemen of curiosity untuk video pengenalan -
contohnya: apabila junior melihat roti iman yang bertukar warna, junior terkejut dan bertanya - " kenapa dengan roti tu?!!"
tambah elemen curiosity lagi - iman bertanya " bagaimana roti ini boleh menjadi hitam dan berkulat cikgu?"