Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAHLAKU MURID DALAM PENDIDIKAN JASMANI, -…
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAHLAKU MURID DALAM PENDIDIKAN JASMANI
KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAHLAKU MURID
KONSEP PENGURUSAN
Pengurusan adalah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
KONSEP
Pengurusan bilik darjah merupakan sebuah organisasi dan kawalan guru ke atas tingkalaku dan pergerakan murid dalam interaksi antara orang disekeliling semasa PdP.
(RICHARD,1990)
Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran guru dalam mengurus masa, ruang, sumber pembelajaran dan tingkah laku murid di dalam kelas sewaktu PdP
(ALBERTO & TROUTMAN, 1986)
PANDANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin
Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem
Pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran
KONSEP BILIK DARJAH
Bilik darjah adalah suatu tempat yang beerlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam kelas terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
(Myint, Lourdasamy, Quek & Angela, 2005)
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Penggalakkan tingkahlaku murid yang sesuai
Pembentukan suasana / iklim yang positif dan kondusif
Menggalkkan perjalinan hubungan interpersonal antara guru dan murid di dalam kelas
Meningkatkan penglibatan murid di dalam proses PdP
Dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar
Pengurusan rutin & peraturan yang berkesan
Belajar mengawal emosi & pengurusan diri yang teratur
ISU MASALAH TINGKAHLAKU MURID DI DALAM KELAS PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH
1. Tidak Mematuhi Peraturan
ISU
Mengambil masa yang lama untuk menukar / menyalin pakaian kerana proses Pdp Pendidikan Jasmani hanya 30 Minit
Tidak memakai pakaian sukan atau pakaian yang bersesuaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
Pelajar tidak membawa baju sukan untuk menyalin pakaian terutamanya waktu Pendidikan Jasmani iaitu selepas waktu perhimpunan ( 8:00 - 8:30 )
Terutamanya pelajar perempuan kerana kekurangan kemudahan bilik persalinan di sekolah
KESAN
Guru tidak dapat melaksanakan Pdp mengikut objektif yang ditetapkan
Pdp terpaksa ditangguhkan disebabkan guru menghabiskan masa dengan menunggu pelajar / memarahi pelajar
2. KURANG BERMINAT DENGAN SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
ISU
Pelajar kurang berminat dengan subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Pelajar beranggapan subjek ini tidak penting dan tidak termasuk dalam peperiksaan besar
Penglibatan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan masih berada di tahap yang rendah
Terutama pelajar di peringkat sekolah menengah, mereka merasakan subjek PJPK ini tiada nilai akademik
KESAN
Proses pembelajaran & Pengajaran terganggu
Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan tidak mencapai matlamat & objektif yang telah ditetapkan
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF & MEMBINA HUBUNGAN YANG POSITIF DALAM BILIK DARJAH
PERANAN GURU DALAM MENGURUS PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
1. PERSEKITARAN FIZIKAL
Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30 pelajar dalam satu waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari
(EMMER & ET.AL, 1994)
2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Hubungan antara dua atau lebih orang boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi
(WRAGG, 1994)
3. PERATURAN DAN RUTIN BILIK DARJAH
Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara pelajar dan persekitaran yang kondusif untuk belajar
(LEVIN & NOLA, 1994)
PERANAN GURU MEMBINA HUBUNGAN YANG POSITIF DALAM BILIK DARJAH
Hubungan personal yang bermakna perlu diusahakan oleh guru, kerana ia akan meningkatkan banyak peluang kepada mrid untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dalam akademik
KEPENTINGAN BINA HUBUNGAN GURU & MURID
Hubungan baik merupakan cara yang paling berkesan untuk memaksimumkan potensi pembelajaran
Hubungan guru dan murid yang baik akan membantu membentuk tahap motivasi, pencapaian dan sikap pelajar dalam bilik darjah
Semakin banyak interaksi guru dengan murid, akan membantu murid meningkatkan prestasi mereka
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN GURU DAN MURID
BAHASA BADAN
, guru menggabungkan kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal untuk membentuk hubungan yang lebih baik dalam kemahiran komunikasi
KOMUNIKASI YANG BERKESAN
, guru perlu menggunakan bahasa yang jelas semasa memberi arahan / menyampaikan maklumat kepada pelajar
PENAMPILAN
, guru perlu menjaga penampilan sebagai seorang guru kerana murid menilai guru dari aspek fizikal, cara berjalan dan imej profesional seorang guru
CONTOH TELADAN POSITIF
, guru perlu sentiasa berkelakuan baik terutamanya dari segi pertuturan kerana murid akan meniru setiap tingkahlaku guru mereka
STRATEGI BINA HUBUNGAN POSITIF GURU DAN MURID
KENALI MURID ANDA
, Guru peru mengenali murid & memahami setiap murid di dalam kelas dengan mengumpul maklumat tentang profil peribadi murid
MEMPERAKUI MURID ANDA
, Memberi pujian dan pengiktirafan kepada murid sam rata dan adil walaupun terdapat pelajar yang mempunyai markah rendah
MENGHORMATI MURID ANDA
, guru perlu menghormati perasaan murid dan tidak memperlekehkan murid / bercakap tentang kekurangan muris sehingga menyebabkan dia kecewa
MODEL YANG DIPILIH BAGI MENYELESAIKAN ISU MASALAH TINGKAHLAKU DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
KONSEP
Model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkahlaku yang ditunjukkan
Guru mempunyai hak dalam menentukan peraturan - peraturan dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan tersebut
Model ini melibatkan ganjaran & dendaan akibat daripada peraturan yang telah ditetapkan di dalam kelas
JENIS GURU
Guru perlu bersifat
ASERTIF
Mempunyai matlamat pengurusan yang jelas, yakin & tegas dalam menetapkan peraturan
Guru perlu bersifat asertif dengan mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid
Guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan mewujudkan interaksi yang konsisten bersama murid
guru yang bersifat asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid - murid
Guru menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokonh tindakan - tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid
LANGKAH PENERANGAN PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Guru menerangkan kepada peraturan tersebut diwujudkan / dilaksanakan
Guru menerangkan bagaimana perlaksanaan peraturan itu dilaksanakan
Guru membuat semakan sama ada murid memahami / tidak berkaitan dengan peraturan yang dilaksanakan
Guru memaklumkan juga berkaitan dengan ganjaran & hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mengikuti / mengikuti peraturan yang telah ditetapkan
Cara tindakan pembetulan dikenakan
Semak kefahaman murid semula berkaitan tindakan / peraturan yang ditetapkan
JENIS GANJARAN
Pengukuhan sosial ( senyuman / kata pujian )
Pengukuhan grafik ( Memberi bintang, pelekat )
Pengukuhan aktiviti ( beri masa rehat, mainan khas)
Pengukuhan fizikal ( makanan, hadiah, sijil )
CARA MENGENAKAN TINDAKAN PEMBETULAN
Berindak dengan tenang
Konsisten
Berikan peneguhan untuk tingkahlaku yang diinginkan
Beri peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan
Teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
Teguran secara individu kepada murid yang lebih dewasa
INRTERVENSI MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU
DENDAAN
Cara ini dapat mengurangkan kekerapan tingkahlaku disiplin pelajar di sekolah
Menghentikan perbuatan / tingkahlaku yang tidak baik daripada dilakukan lagi
Kelemahan dendaan ia hanya memberi kesan dalam jangka masa yang singkat
Apabila terlupa, pelajar akan mengulangi lagi kesalahan yang dilakukan semula
PENEGUHAN POSITIF
Memberi ganjaran yang mendorong individu untuk mengulangi tingkah laku positif yang berulang - ulang
Ia boleh mengurangkan masalah tingkah laku di dalam diri pelajar untuk tidak melakukan masalah disiplin
Lazimnya peneguhan positif ini akan menggembirakan pelajar
Ia dipanggil sebagai ganjaran, guru memberi semangat, hadiah atau kata pujian kepada pelajar