Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kompetensi Pengajaran Dan Pembelajaran - Coggle Diagram
Kompetensi Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran PdP
Memantau, Mentaksir dan Menilai
Kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru untuk memperbaik pengajaran serta meningkatkan pencapaian murid.
Mengurus Bilik Darjah Dan Kokurikulum
Kemahiran yang melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, runag dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna serta berkesan.
Pelaksanaan Pengajaran
Kemahiran guru menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara serta kemahiran mentaksir dan menilai.
Penyediaan Perancangan
Mahir dalam merancang pengajaran dengan merujuk kepada sukatan pelajaran dan takwim di samping mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada serta jangkaan pencapaian murid.
Definisi Kompetensi PdP
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), guru yang efektif serta mempunyai kompetensi PdP merujuk kepada segala usaha serta tindakan guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan kaedah serta teknik mengajar yang sesuai (membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid) supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan serta menguasai kemaniran yang diperlukan.
Menurut Burke (2002) & Toh W.S. ( 2001), kompetensi PdP merujuk kepada kemahiran menyediakan perancangan PdP.
Kemahiran :
Kemahiran melaksanakan PdP menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah serta teknik.
Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan PdP.
Kemahiran mengurus bilik darjah
Ciri Seorang Guru Efektif Yang Mempunyai Kompetensi PdP
Cara pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar dan perhatian guru terhadap keperluan murid.
Kemahiran mengurus bilik darjah yang melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Kemahiran menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pengajaran.
Kemahiran memantau, mentaksir serta menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran untuk memperbaik pengajaran guru serta meningkatkan pencapai murid.
Kemahiran memulakan pengajaran, mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh, menggunakan papan hitam, menyediakan soalan yang baik, menutup pelajaran, mengurus bilik darjah dan memotivasikan murid.
Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah serta teknik dan menginterasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara serta kemahiran mentaksir dan menilai.
Kemahiran mengendalikan aktiviti pengajaran yang sistematik langkah demi langkah, iaitu peringkat permulaan diikuti dengan perkembangan konsep melalui penggunaan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kemudian diakhiri dengan aktiviti peneguhan serta pengukuhan.
Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pembelajaran serta takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada dan jangkaan pencapaian murid.