Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BINCANGKAN PERUBAHAN PEMIKIRAN YANG BERLAKU KE ATAS MASYARAKAT EROPAH…
BINCANGKAN PERUBAHAN PEMIKIRAN YANG BERLAKU KE ATAS MASYARAKAT EROPAH SEMASA ZAMAN RENAISANCE
PENDAHULUAN
Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada Renaisans yang bermula di Itali pada abad ke 14.
Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-16.
Membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk dalam agama, politik, sosial dan ekonomi.
Ilmu sains diperkenalkan telah menekankan kaedah saintifik serta berdasarkan bukti empirikal.
Aliran pemikiran seperti humanisme, individualisme, rasionalisme, marxisme dan kritis turut berkembang.
ISI 1
PERUBAHAN INTELEKTUAL
Mementingkan semangat inkuiri, penyelidikan dan sifat ingin tahu.
Karya terkenal “De humani Corporis Fabrica” atau Fungsi Badan Manusia yang ditulis oleh Andreas Vesaius menekankan tentang pembedahan dan anatomi.
Nicolaus Copernicus telah menulis buku yang mengandungi pergerakan bumi dan mengenai matahari.
Mereka melarikan diri daripada terikat dengan cengkaman gereja pada abad ke-17 semasa Revolusi Sains.
Ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah saintifik yang bertentangan dengan pendapat tokoh lama seperti Aristotle, mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian.
ISI 2
PEMIKIRIN POLITIK
Mereka mengamalkan pemikirin bebas ke arah sekular iaitu mengasingkan agama dengan politik.
Zaman Renaisans telah membawa kepada pembentukan monarki baharu seperti Portugal, England, Belanda dan Perancis.
Pada abad ke-15, berlaku perubahan dalam sistem pemerintahan di Eropah.
Kuasa golongan bangsawan dikurangkan dan usaha untuk menguasai gereja dilaksanakan.
Contoh tokoh ialah Charles Louis Montesquieu yang telah menulis buku yang bertajuk Spirit of The Laws.
ISI 3
PEMIKIRAN KESENIAN
Zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik seni realistik.
Sebagai contoh, Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula jadi.
Perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba.
Masyarakat mula bebas berkarya dalam bidang penulisan dan lukisan.
Hasil kesenian mereka adalah benar dan nyata.
ISI 4
REFORMASI PROTESTAN
Pada Oktober 1517, Martin Luther mengeluarkan 95 tesis.
Pemesongan ajaran gereja telah dibangkitkan dan berlaku pemurnian semula ajaran agama.
Perkembangan media cetak telah banyak membantu penyebaran idea reformasi.
Kitab Bible pula telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman sekaligus telah meransang perkembangan literasi.
Kesan daripada gerakan reformasi ini, kebanyakan negara di isyarat Eropah menjadi penganut aliran Protestan, manakala di selatan masih mengekalkan aliran Gereja Roman Khatolik.
ISI 5
REVOLUSI SAINS
Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang lebih maju.
Kepercayaan lama yang dianggap karut dan misteri yang ‘ditakuti’ oleh manusia telah diganti dengan ilmu dan akal yang lebih bersifat ilmiah serta logik.
Faktor berlakunya Revolusi Sains ialah akibat daripada kegiatan eksplorasi, kewujudan mesin cetak dan Reformasi Protestan.
Hasil penemuan dan idea baru ini telah membawa kepada gambaran serta penjelasan yang lebih luas serta tepat tentang alam semesta.
Mewujudkan idea-idea yang menyumbang ke arah Revolusi Sainstifik dan membawa kepada kemunculan beberapa sains moden.
KESIMPULAN
Zaman Renaisans telah melahirkan masyarakat Eropah yang berpengetahuan.
Perkembangan ini telah membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat Eropah.
Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.
Adlah 6BC