Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TUGASAN 1: EDUP3043 NAMA: IFFAH ZUHANA BINTI ABDUL RAZAK(RBT2) - Coggle…
TUGASAN 1: EDUP3043
NAMA: IFFAH ZUHANA BINTI ABDUL RAZAK(RBT2)
1.KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU YANG BERKESAN
Definisi PBD dan tingkah laku
Abdullah Sani Yahya(2005): Set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan dan memastikan keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Richards (1990): Organisasi dan kawalan guru ke atas segala tingkah laku murid.
Alberto & Troutman (1986): Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim pembelajaran yang sesuai.
Lee Shok Mee(1995): Tindakan guru yang mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Ruang lingkup: Usaha guru demi menggalakkan penglibatan aktif murid dalam bilik darjah dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang produktif.
Konsep PBD 1960-1970 (pendekatan tradisonal)
Tujuan PBD: mengawal dan mengekalkan disiplin dalam bilik darjah.
Penghujung tahun 1970: Proses sistematik melibatkan perancangan awal (proses pengajaran, pelaksanaan aktiviti secara sistematik dan penglibatan aktif murid dalam PdP.
Fokus: Tindakan yang diambil berdasarkan tingkah laku murid.
Tertumpu kepada persekitaran selamat (peraturan diwujudkan)
Ditafsirkan sebagai cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa efisien dan mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra
Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Pengurusan disiplin.
Pengurusan PdP.
Komunikasi dalam bilik darjah.
Iklim dan persekitaran bilik darjah.
Elemen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Merancang.
2.Mengelola.
3.Mengawal.
4.Mmembuat refleksi.
5.Menjalinkan hubungan baik guru dan murid.
Hasil pengurusan bilik darjah berkesan terhadap tingkah laku
Membentuk suasana pembelajaran positif.
Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Menggunakan masa yang ditetapkan untuk pembelajaran dengan optimum.
Mengurangkan masalah disiplin dan murid dapat mengawal diri.
Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti PdP.
Menggalakkan tingkah laku yang sesuai.
Pengetahuan tentang keperluan akademik murid
Memahami objektif pengajaran.
Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran.
Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.
Pembelajaran konteksual dijalankan.
Masa untuk menyiapkan tugasan atau interaksi.
Mendapat pengalaman kejayaan.
Menerima maklum balas yang tepat dan realistik.
2.PERANAN GURU DALAM MENYEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Kelas bebas daripada ancaman bahaya.
Guru memastikan suasana kelas selesa dan mesra.
Guru mewujudkan komunikasi terbuka.
Suasana bilik darjah yang menggalakkan pembelajaran koperatif.
Guru memandang murid apabila bercakap dengannya, memastikan ada kontak mata.
Guru perlu menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami ketika berkomunikasi.
Guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid yang perbagai dan memberi peluang yang sama kepada semua murid.
PERATURAN DAN RUTIN BILIK DARJAH
Guru lengkapkan diri dengan pengetahuan psikologi pendidikan.
Guru mengingatkan murid tentang peraturan.
Peraturan yang jelas.
Hadkan bilangan peraturan.
Guru perlu memastikan peraturan yang dibuat adil dan membantu proses PdP yang bersifat positif.
Guru perlu menjelaskan dan mendemonstrasikan tingkah laku yang dikehendaki oleh murid.
Guru perlu memberikan maklum balas kepada murid khususnya apabila mereka melaksanakan peraturan dan rutin pada kali pertama.
PERSEKITARAN FIZIKAL
Guru menetapkan susunan dalam kelas yang kondusif dan tidak menghalang pandangan murid.
Guru menyediakan bahan pembelajaran untuk sesi PdP.
Guru dan murid menguruskan sudut pembelajaran.
Memenuhi bilik darjah dengan info berguna.
Guru memastikan pencahayaan, pengudaraan dan perabot dalam keadaan baik.
Kebersihan kelas diutamakan.
Guru memastikan susunan bilik darjah membolehkan guru memantau murid dengan cepat dan mudah serta kedudukan guru berhampiran dengan murid.
Guru perlu memastikan keadaan fizikal kelas membolehkan murid mendapat akses mudah kepada sumber bahan PdP serta mempunyai ruang dinding untuk aktiviti-aktiviti tertentu.
3.HUBUNGAN POSITIF GURU DENGAN MURID KELAS PENDIDIKAN ALIRAN PERDANA DAN INKLUSIF
Murid Kelas Aliran Perdana
Guru mengingati nama murid dan memanggil murid menggunakan nama masing-masing.
Guru meyemai semangat cinta terhadap bilik darjah.
Guru boleh memasukkan unsur kecindan dalam komunikasi.
Guru menunjukkan sikap prihatin kepada murid.
Guru menetapkan jangkaan yang realistik dan tidak membebankan murid.
Guru mengagihkan tanggungjawab bersama.
Murid Kelas Aliran Inklusif
Masalah Komunikasi
Mengelakkan murid memberi respon dengan cepat.
Guru perlu menyebut setiap bait-bait kata dengan jelas (sebagai model).
Elakkan membetulkan bahasa murid di depan rakan-rakan yang lain.
Masalah Kecacatan Fizikal
Sawan
Guru tidak perlu memegang murid untuk menghentikan pergerakan.
Guru harus tenang dan yakin dan menggalakkan kerjasama.
Guru perlu mengalihkan semua objek berdekatan murid tersebut untuk mengelakkan kecederaan.
Masalah Penglihatan
Guru perlu memastikan susunan bilik darjah konsisten.
Perabot yang menghalang pergerakkan murid perlu disusun di tempat yang sesuai.
Murid dibekalkan dengan bahan bacaan yang mempunyai kualiti cetakan yang baik dan besar.