Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME - Coggle Diagram
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Konsep
Pengertian
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya.
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada
Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina
Peranan
Guru akan berperanan sebagai penyelidik
peranan guru di dalam kelas adalah sebagai pengurus atau fasilitator untuk menangani masalah disiplin dengan sempurna.
Melalui proses ini mereka lebih bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya mengikut ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal kelas.
Prinsip
pengetahuan tidak diterima secara pasif tetapi dibina secara aktif oleh pelajar.
fungsi pembelajaran adalah bersifat penyesuaian dan bertanggungjawab untuk mengorganisasi dunia pengalaman dan bukan untuk menemui dunia realiti.
Kelebihan
Mampu Berfikir
Membina pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, dan membuat kesimpulan
Daya mengingat
Mempunyai daya ingatan yang lebih lama kerana mereka bergiat aktif dengan mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk menghasilkan pengetahuan yang baru
Berkeyakinan
Memberi peluang kepada murid untuk memahami sendiri pembelajaran. Perkara ini dapat membuat murid menjadi lebih berani dan yakin untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Berkemahiran sosial
Murid dapat mewujudkan kerjasama dengan murid lain untuk menyelesaikan sesuatu cabaran atau masalah dalam pembelajaran.Daripada sini, murid akan melakukan interaksi dengan rakan-rakan atau guru untuk membina pengetahuan baru
Keseronokan
Menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan dengan cara kreatif yang dapat mempertingkatkan kefahaman yang secara tidak langsung membuat mereka seronok untuk meneruskan pembelajaran.
Ciri-Ciri
Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon pelajar mereka.
Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari.
Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran.
Mnurut Noor Shah Saad ( 2002 ),dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekejsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama
Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat
Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar.
Guru perlu mengambl kira kepercayaandan sikap yang dibawa oleh pelajar. Ketiga-tiga saling berkaitan keran guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum.
Model
Model Pengajaran Interaktif (Biddulph & Osborne)
Guru lebih sensitif kepada idea dan persoalan pelajar.
Guru menyediakan pengalaman penerokaan yang membolehkan pelajar menimbul persoalan dan mencadangkan penerangan yang munasabah.
Guru menyediakan aktiviti yang memfokuskan kepada idea dan persoalan oleh pelajar.
Guru menyediakan aktiviti yang menggalakkan pelajar membuat penyiasatan.
Guru berinteraksi dengan pelajar untuk mencabar dan melanjutkan idea mereka.
Pengajaran Model Berpusatkan Masalah (Wheatley)
Guru memilih tugasan yang berkemungkinan menjadi masalah besar kepada pelajar.
Pelajar membuat tugasan dalam kelompok kecil.
Kelas akan berkumpul semula untuk membentangkan kepada kelas dan guru. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator.