Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KBAT menurut Ibnu Khuldun - Coggle Diagram
KBAT menurut Ibnu Khuldun
konsep pelaksanaan KBAT
penghasilkan pengajaran yang mengintegrasikan KBAT, menjadi keperluan kepada guru untuk membentuk asas pengetahuan terlebih dahulu bersandarkan prinsip KBAR iaitu mengingat dan mengetahui.
keupayaan kognitif tidak dapat diperkembangkan sekiranya terdapat batasan di dalam asas pengetahuan
perincian secara perbandingan di antara kaedah pengajaran secara konvensional dan pengajaran yang mengintegrasikan KBAT
RAJAH 1
guru memerlukan pendekatan berasaskan strategi, pendekatan dan kaedah yang dapat menggalakkan keupayaan pelajar untuk menjana proses penerokaan idea, menjustifikasikan setiap pernyataan dan membanding beza asas konstruk pembelajaran
konsep pelaksanaan KBAT Ibnu Khuldun
proses keilmuan berteraskan kemahiran berfikir perlu menggabung jalinkan sumber aqli dan naqli
kemampuan berfikir ada 4 peringkat
عقل تميز
mengaplikasi
Peringkat pertama ialah pemahaman intelek manusia terhadap sesuatu yang berada di luar alam semesta, berupa tanggapan diri. Peringkat ini membolehkan akal melakukan perbezaan yang melaluinya manusia memperoleh segala sesuatu yang bermanfaat bagi diri dan kehidupannya, serta menolak perkara-perkara yang memudaratkannya. Hal ini bermaksud, pada peringkat pertama ini, individu mampu mengaplikasikan ilmu yang ada untuk berfikir secara rasional dan yang mendatangkan manfaat pada peringkat untuk beramal.
عقل تجربي
menganalisis
Bagi peringkat kedua ialah kemampuan berfikir. Berkemampuan menyediakan manusia dengan segala idea dan perilaku yang diperlukan di dalam perhubungan manusia dengan persekitarannya dan ianya diperolehi melalui pengalaman (tashdiqat) serta juga dikenali sebagai pemikiran eksperimen. Hal ini bermaksud, peringkat ini perlukan banyak tindakan dan amalan, bagi memperoleh pelbagai pengalaman untuk mengambil hikmah dan tambah baik
عقل نزاري
menilai
Peringkat ketiga ialah kemampuan untuk berfikir yang memperlengkapkan manusia dengan pengetahuani (al-ilm) atau pengetahuan andaian (dzann). Hal ini disebut sebagai spekulatif (al-aql an-nadzari). Pemikiran ini juga mengandungi tanggapan (perception), pengamatan (apperception) tasawwur (worldview). Dengan adanya pelbagai pengalaman dan meneroka beberapa ilmu yang lebih, pada peringkat ini seseorang itu mampu untuk membuat perbandingan dan penggabungan antara beberapa pengetahuan bagi menghasilkan pengetahuan baru.
حقيقة انسانية
mencipta
Peringkat keempat ialah peringkat untuk memberi tanggapan mengenai wujud sesuatu perkara mengikut pelbagai kepintaran, perbezaan sebab-musabab dan puncanya. Dengan kemampuan berfikir tahap ini, manusia dapat mencapai kesempurnaan dalam kebenarannya, dan menjadi insan intelek yang bersifat kebersihan jiwa atau (al-hakikah al-insaniyyah). Kesempurnaan bagi manusia menerusi penguasaan aras-aras pemikiran tersebut akan membawa kepada pengertian hakikat manusia melalui akal yang berkualiti dan jiwa yang mantap. Hal ini kerana, peringkat tertinggi ini, manusia perlu berfikir hikmah disebalik yang berlaku dan mengaitkan dengan kebaikan dan ianya adalah didikan daripada Tuhan untuk mereka yang berfikir.