Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TUGASAN 1 EDUP3043: PENGURUSAN GRAFIK
"GURU BERJIWA PENDIDIK…
-

Murid aliran inklusif
Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti di bawah
“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Mok Soon Sang (2011)
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai.
HUBUNGKAIT DENGAN MODEL SLAVIN DAN THE BIG IDEA
Guru melakukan apa sahaja bagi meningkatkan prestasi murid-muridnya. Berdasarkan model pengajaran berkesan oleh Slavin (1994), model ini menekankan kepada peranan guru untuk melakukan pelbagai langkah-langkah (input) bagi meningkatkan prestasi murid-murid (output) dan ini selari dengan The Big Idea kursus yang bergabungjalin iaitu Guru Berjiwa Pendidik Memperkasa Spektrum Pembelajaran. Sebagai contoh, guru menyediakan pelbagai kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar, perancangan isi pengajaran dan lain-lain.
GURU BERJIWA PENDIDIK
Menurut Zarizi (2019), Guru berjiwa pendidik ialah guru yang mempunyai fahaman yang jelas tentang matlamat sebenar pendidikan yang pada asasnya untuk mengubah tingkah laku manusia.
Alberto & Troutman (1986)
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Haliza & Joy (2016)
Pengurusan biik darjah boleh ditafsirkan sebagai cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra iaitu mengurangkan masalah tingkah laku.