Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BUNYI-BUNYI KONSONAN - Coggle Diagram
BUNYI-BUNYI KONSONAN
BUNYI KONSONAN GESERAN
1) Terdapat 9 bunyi geseran dalam bahasa Melayu iaitu 4 bersuara dan 4 tidak bersuara.Manakala satu bunyi lagi adalah geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tak bersuara.
2) Bunyi konsonan geseran yang terhasil ialah f, v, s, z, x, y dan h
a) Geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar.Laluan yang terbentuk merupakan laluan yang sempit. Kesannya udara yang dikeluarkan dari paru-paru menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ f ] dan yang bersuara [ v ].
b) Geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara. Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yang bersuara adalah [ z]
c) Geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidahdi naikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat. Udara dari paru-paru terdesak keluar dengan berkelakunya geseran. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [š]. Bunyi [ ž ] adalah bunyi geseran lelangit keras bersuara.
d) Geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut. Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut. Ini menyebabkan geseran berlaku. Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [ x ] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara ialah [y].
e) Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan menyebabkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser. Seperti keadaan bunyi letupan glotis,bunyi ini juga berlaku di pita suara maka dengan itu tidak timbul sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.
BUNYI KONSONAN LETUPAN
1) Merupakan bunyi-bunyi konsonan yang semasa menghasilkannya, bunyinya udara
dari paru-paru tersekat antara alat artikulasi dan dilepaskan secara serta-merta.
2) Bunyi konsonan ini dinamakan letupan kerana berlaku suatu pengaliran udara yang tersekat oleh alat artikulasi.
Sebagai contoh bunyi konsonan letupan dua bibir yang terhasil daripada udara yang disekat antara dua bibir dan apabila bibir dibuka udara keluar secara serta-merta. Jika pita suara bergetar semasa aliran udara berlaku maka bunyi konsonan letupan yang terhasil merupakan bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara.
3) Antara alat artikulasi yang terlibat dalam penghasilan bunyi konsonan letupan ialah bibir, lidah, gigi, gusi, lelangit lembut, anak tekak dan pita suara.
4) Sesuatu bunyi konsonan ditentukan oleh cara sebutan, alat artikulasi dan pita suara. Bunyi konsonan berubah apabila udara yang keluar dari paru disekat oleh alat artikulasi yang berbeza sama ada titik artikulasi atau artikulator yang terlibat.
Contohnya = a) Udara yang tersekat oleh dua bibir, dinamakan sebagai letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara,
Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b]. Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru-paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran udara.Udara yang tertahan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tidak bersuara [p]. Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bersuara [b].
b) Udara yang tersekat antara lidah dan gusi dinamakan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara,
Konsonan letupan gusi [t] dan [d]. Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan kegusi atas.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru. Apabila udara yang tersekat tersebut dibebaskan serta-merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi. Apabila letupan gusi berlaku dengan tidak mengetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t]. Apabila letupan gusi itu itu dilakukan dengan getaran pita suara maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d].
c) Udara yang tersekat antara belakang lidah dengan lelangit lembut dinamakan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara
Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ]. Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ],dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
-
5) Terdapat tujuh bunyi konsonan letupan dan enam daripadanya iaitu p, b, t, d, k dan g terhasil apabila udara disekat oleh alat artikulasi manakala satu bunyi konsonan letupan iaitu k tersekat oleh pita suara.
BUNYI KONSONAN LETUSAN
1) Terhasil apabila udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dilepaskan secara perlahan-lahan melalui sentuhan lidah dan lelangit keras-gusi.
2) Lelangit lembut diangkat dan anak tekak menutup rongga hidung manakala pita suara dalam dua keadaan sama ada bergetar atau tidak bergetar.
3) Jika pita suara bergetar, terhasillah bunyi konsonan letusan lelangit keras-gusi bersuara dan jika tidak bergetar, terhasillah bunyi konsonan letusan lelangit keras-gusi tidak bersuara.
-
BUNYI KONSONAN GETARAN
1) Bunyi konsonan getaran mempunyai satu bunyi konsonan getaran,iaitu [r]. Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara.Ini menghasilkan bunyi getaran [ r ].